Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Sultan Johor Serah Surat...

JOHOR BAHRU - Tiga puluh dua pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) Yayasan...

Pastikan BN Menang 3-0...

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Lima Ahli MPT Bersatu...

SHAH ALAM - Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam...

Budak Hilang Dakwa ‘Lepak’ Dengan Beruang

SEORANG budak lelaki yang hilang selama dua hari di dalam hutan memberitahu dia menghabiskan masa bersama seekor beruang.

Sebelum dilaporkan hilang, Casey Hathaway bermain bersama dua lagi kanak-kanak di luar rumah moyangnya pada Selasa lalu.

Menurut laporan saluran berita WITN, kanak-kanak berusia tiga tahun itu kemudian masuk ke dalam hutan di North Carolina, Amerika Syarikat (AS).

Tambah laporan itu, banyak pihak melakukan pencarian termasuk membabitkan dron, helikopter dan anjing pengesan tetapi tidak menemuinya.

Dengan suhu yang sejuk dan hujan lebat selepas kehilangannya menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak terbabit.

Seorang penduduk tempatan, Lisa Farker medengar suara seorang kanak-kanak menangis dekat rumahnya.

Dia kemudian menghubung pihak kecemasan dan mereka juga mendengar bunyi tersebut.

“Apa yang saya tahu saya dengar dia telah ditemui,” katanya.


Anggota pasukan kecemasan, Kapten Shane Grier menemui Casey terperangkap di dalam semak berduri tetapi tidak mengalami kecederaan serius.

Ibu saudaranya, Breanna Hathaway memuat naik berita mengenai penemuan Casey di Facebook.

Menurutnya, Casey sihat, tersenyum dan bercakap.

“Dia (Casey) beritahu bersama-sama dengan seekor beruang selama dua hari.

“Tuhan menghantar seorang ‘kawan’ untuk menjaga keselamatanya,” katanya sambil menambah bahawa anak saudaranya itu merupakan peminat setiap rancangan kartun beruang, Masha and the Bear. – Mirror UK

Kategori