Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Tak Dikuasai...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti...

Info Palsu Jawatan Kosong...

KUALA LUMPUR - Satu mesej palsu berhubung temuduga terbuka bagi mengisi jawatan kosong...

Justin Timberlake Tak Curang,...

SEBUAH majalah tabloid British, Heat telah diarahkan oleh mahkamah di Dublin, Ireland untuk...

Tolak Bajet 2016, Saranan...

PUTRAJAYA - Tindakan Ahli Parlimen mengundi menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat adalah...

Budak Perempuan Maut Dilanggar Teksi

KANAK-KANAK perempuan maut selepas motosikal dinaiki dilanggar teksi di Jalan Maarof, simpang Jalan Tanduk berhampiran Kuil Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Athierah Batricesya Azizi, 11, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala, kaki dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila teksi jenis Proton Persona dipandu lelaki berusia 59 tahun bergerak dari arah Mid Valley berada di lorong paling kanan terus memasuki simpang ke Jalan Tanduk.

“Teksi itu kemudian melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama abangnya, Amzar Hazieq Azizi, 18, dari arah Bangsar. Pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan terjatuh di atas jalan.

“Abang mangsa hanya mengalami luka di bahagian kaki kiri, manakala kanak-kanak perempuan berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu teksi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – myMetro Online

Kategori