Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Stor Rumah Anak Yatim...

KUALA LUMPUR : Stor barang di Rumah Anak Yatim Mary di Taman Air...

‘Yang Bising Masa Saya...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar individu yang sebelum ini...

Perak Komited Cari Jalan...

SERI ISKANDAR — Kerajaan negeri komited mencari jalan penyelesaian isu membabitkan projek hidroelektrik...

Jabatan Narkotik Balai Polis...

SHAH ALAM - Sebuah bangunan setingkat di Balai Polis Seksyen 15 di sini...

Budak Tulis Surat Kepada Menteri, Mohon Haram PUBG

SEORANG budak lelaki menulis surat kepada kerajaan India dan memohon supaya permainan video popular PUBG diharamkan.

Menerusi surat empat muka surat itu, dia berkata permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds yang lebih dkenali sebagai PUBG banyak membawa kesan buruk.

Antaranya, ia mempromosi keganasan dan buli siber.

Dalam surat tersebut, budak berusia 11 tahun itu mendakwa PUBG banyak memaparkan elemen pembunuhan dan boleh membawa kepada ketagihan permainan video.

“Saya juga akan membuat tuntutan undang-undang sekiranya permainan ini tidak diharamkan,” tulisnya.

Surat itu ditujukan kepada tujuh individu termasuk Menteri Eletronik dan IT, Ravi Shankar Prasad; Menteri Pendidikan Maharashtra, Vinod Tawde, dan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis.


Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung surat berkenaan.

Permainan popular PUBG diperkenalkan oleh PUBG Corporation, Bluehole, anak syarikat kepada gergasi permainan video Korea Selatan, Bluehole. – India Today

Kategori