Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Identiti Sebenar 4 Suspek...

SHAH ALAM - Identiti sebenar empat suspek lelaki yang masih bebas dalam kes...

Khairy Yakin Skuad Olahraga...

KUALA LUMPUR - Skuad olahraga negara dilihat mampu meraih tiga pingat emas dalam...

Orang Melayu Tak Berdiam...

SINTOK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang...

Jabatan Kesihatan Nafi Jual...

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menafikan penjualan papan tanda 'Dilarang Merokok' di...

Buka Peluang Kepada Anak Muda Berkebolehan – Najib

SHAH ALAM – Kepemimpinan UMNO di setiap peringkat perlu bersikap besar hati dan berfikiran terbuka dengan menerima orang muda yang mempunyai kepandaian serta berkebolehan.

Bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, berkata sikap sedemikian perlu bagi memastikan UMNO tidak menjadi parti yang kolot dan tidak maju.

Katanya, baru-baru ini, beliau berkesempatan bertemu dengan dua anak muda yang sudah dua kali menghantar borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO, namun borang mereka ‘hilang’.

“Yang duduk sebelah kanan saya pelajar MSU dalam bidang perubatan dan abangnya juga seorang doktor. Apa yang mendukacitakan dia kata dua kali nak jadi ahli UMNO tetapi dia gagal.

“Sebab apa? Hantar borang, borang hilang. Saya kata bukan hilang… borang itu dibakul sampahkan. Jadi kalau kita ni tak besar hati, kalau kita tak buka pintu UMNO kepada orang muda yang ada kepandaian UMNO akan menjadi parti yang kolot dan tidak boleh maju.

“Sebab itu tuan-tuan, kita mesti ubah pemikiran kita. Pemikiran lama kita tolak ke tepi ganti dengan satu pemikiran baharu yang lebih terbuka yang kita nak orang muda yang berkelebihan tampil ke hadapan menjadi ahli UMNO, pemimpin UMNO di semua peringkat supaya UMNO menjadi pilihan utama dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Santai Bersama Datuk Seri Najib, PM Ke-6, di Bangunan UMNO Shah Alam, di sini, petang tadi.

Najib berkata, beliau tidak akan menyatakan UMNO Bahagian mana yang melakukan sedemikian tetapi itu adalah perangai hodoh sesetengah pemimpin UMNO yang tidak memikirkan kepentingan parti atau mahu dicabar oleh anak muda.

“Kita tak nak orang muda yang ada kebolehan lawan kita, tak boleh la macam tu. Sampai bila kita ni tak ada daya kepemimpinan yang mencerminkan kepemimpinan dinamik dalam kalangan orang Melayu yang boleh menjadi kesinambungan kepada perjuangan kita,” katanya.


Sementara itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, masyarakat Melayu bukanlah bangsa yang pemalas seperti dikatakan sesetengah pihak sebaliknya mereka perlu diberikan peluang untuk berjaya.

Katanya, untuk berjaya, masyarakat Melayu terutama yang berasal dari luar bandar perlu diberikan sedikit kelebihan supaya mereka mampu bersaing dengan masyarakat yang duduk di kawasan bandar, yang mempunyai pelbagai kemudahan.

“Kalau anak yang lahir di Kenny Hill (Bukit Kenny di Kuala Lumpur) dan anak yang lahir di Hulu Jerantut, siapa yang mendapat peluang? Tentu lah orang yang duduk di bandar. Orang Melayu kebanyakannya duduk di mana? Kebanyakan duduk di luar bandar, jadi kena beri peluang.

“Kena beri sedikit kelebihan supaya mereka boleh bersaing pada landasan yang sama. Ketika saya menjadi Perdana Menteri, ada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) yang sanggup tidur di pejabat kerana urusan tak selesai.

“Inilah yang saya katakan, orang Melayu kalau diberi peluang, dididik dan diasuh dengan baik, dia akan setanding dengan orang lain lah, tak ada masalah,” katanya. – BH Online

Kategori