Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tsunami Pembangkang Musnahkan Institusi...

JOHOR BAHRU – Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan...

Remaja Cipta Tangan Palsu...

HADIAH terindah buat Jason Frei apabila anaknya sendiri telah melengkapi kehidupan ayahnya dengan...

Harga Barangan Terus Dipantau...

PUTRAJAYA - Kawalan, pemantauan dan pemeriksaan ke atas harga barangan keperluan serta penguatkuasaan...

Isu Filem B&B: Pensyarah...

MASIH belum reda isu tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia apabila...

Bukti Jelas PH Salah Guna Kuasa, Rasuah Kempen PRK

MEMANG bukti cukup jelas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pakatan Harapan (PH) terang salah guna kuasa dan beri rasuah dengan gambar dan video tular.

Malangnya tiada pula tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BERSIH, bidas Ketua UMNO Bahagian Batu Pakat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Sedangkan katanya, hakim mahkamah di ibu negara pada 30 November tahun lalu bertindak batalkan kemenangan Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) konon atas dakwaan ada berlaku rasuah.

“Inilah praktis ketidakadilan yang mengancam keadilan di Malaysia,” kata Mohd. Puad dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam sebagai ulas senario kempen berat sebelah pada PRK berkenaan.

Ujar beliau, bukti paling kukuh ialah penggunaan kenderaan kerajaan yang memang ada ‘niat’ tipu kerana logo Jabatan Hutan Pahang ditutup dua lapis dengan logo PH dan bendera Malaysia selain ada bahan kempen parti DAP.

“Kalau ‘gentleman’ kenapa logo Jabatan Hutan mesti ditutup. Bukan itu sahaja Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah dari DAP secara samseng pertahankan tindakannya itu dengan buat kecoh di tempat penginapan jentera BN.


“Lim Kit Siang pula dakwa duit yang dibagi kononnya adalah duit minyak. Itu jawapan untuk menghalalkan gejala rasuah. Kalau begitu kenapa pula Sivarraajh dijatuhkan hukuman bersalah?” soal Mohd. Puad dalam nada kesal.

Beliau kemudian lontar soalan cepumas, apa kita boleh buat dengan praktis ‘double standard’ ini yang bebas boleh dilakukan oleh PH tanpa ada sebarang tindakan susulan oleh pihak SPRM, SPR dan BERSIH?

“Semoga rakyat Cameron Highlands termasuk masyarakat Orang Asli akan menghukum kerajaan PH yang bongkak itu. Undilah calon BN Ramli Mohd Nor,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori