Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isu Hak Milik Felda:...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Pengerusi Felda, Tan...

Skim Insurans Pekerjaan Sedia...

MIRI - Skim insurans pekerjaan yang dicadang bertujuan membantu pekerja yang diberhentikan dijangka...

Prosiding Kes Najib Tidak...

PUTRAJAYA - Prosiding perbicaraan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung...

Johor Seragamkan Kemeja Kokurikulum...

BAGI memperkasakan jati diri dan mewujudkan identiti, semua sekolah di negeri Johor akan...

CABUT Lari Andai Bertemu Ombak Berpetak!

OMBAK berpetak pastinya sesuatu yang amat asing bagi kita.

Memang pun kerana ia amat jarang berlaku lebih-lebih lagi di perairan kita.

Namun, andai ia berlaku, jangan pandang mudah.

Ini kerana, walaupun di permukaan ia nampak sangat tenang, namun arus bawah ombak petak amat ganas.

Ganasnya sehingga ia mampu menterbalikan kapal laut termasuk yang bersaiz besar.

Ini kerana, kapal laut dibina untuk menahan hentaman ombak dari satu arah dan memecah ombak secara berdepan.

Namun, andai ombak membadai dari pelbagai sudut, maka kapal laut walaupun bersaiz besar, mampu terbalik.


Ini kerana ia tidak dibina untuk menahan pukulan ombak pelbagai sudut secara serentak.

Ombak petak biasa akan berlaku apabila angin yang bertiup kuat dari satu arah, bertembung dengan tiupan angin yang sama kuat dari arah bertentangan.

Satu kawasan di dunia yang kerap mengalami fenomena ombak berpetak ialah kawasan Pulau Ile de Re di perairan Perancis.

Memang jarang berlaku, namun andai anda melihat ketika berada dalam air, nasihat terbaik ialah cabut lah dengan segera kalau sayang nyawa! – MYNEWSHUB

Kategori