Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kertas Putih Tangani Ancaman...

KUALA LUMPUR - Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' diedarkan kepada...

Enam Ekar Kawasan Gunung...

KUCHING - Kawasan seluas enam ekar di Gunung Seraik‎ berdekatan Kampung Bako, 30...

Buaya Haiwan Purba Akan...

KUCHING - Jabatan Hutan Sarawak akan mengekalkan buaya, satu-satunya haiwan spesis purba 'the...

Nelayan Rusia ‘Viral’ Kongsi...

SEBAHAGIAN besar 'penghuni' laut dalam mempunyai rupa yang menyeramkan, namun tidak semua yang beruntung untuk dapat melihatnya...

Calon Bebas Dakwa Permit Import Kubis Disalahguna

TANAH RATA – Kira-kira 2,000 petani di Cameron Highlands terpaksa mengalami kerugian yang besar selepas harga sayur-sayuran terutamanya kubis mengalami kejatuhan sejak lapan bulan lalu.

Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Wong Seng Yee berkata, harga jualan ladang bagi sayuran tersebut semurah 50 sen bagi satu kilogram (kg) menyebabkan para petani mengalami kerugian kerana harga yang boleh menjana untung buat mereka adalah RM1 dan ke atas.

“Saya menerima banyak aduan daripada para petani mengenai kejatuhan harga sayur-sayuran terutamanya kubis.

“Maklumat yang saya terima perkara ini berlaku kerana terdapat penyalahgunaan permit import (AP) selepas pemegang permit berkenaan membawa masuk kubis yang banyak ke dalam negara menyebabkan lambakan sehingga harga pasaran jatuh,” katanya pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Seng Yee, kini para peniaga mengalami kerugian besar selepas terpaksa menanggung kos pengeluaran yang besar berbanding harga jualan kepada orang tengah.

“Kini sudah lapan bulan para petani terpaksa menanggung kerugian. Sekiranya dalam tempoh 2,3 bulan akan datang harga jualan kepada orang tengah masih sekitar 50 hingga 80 sen, mereka akan mengalami kerugian berterusan selama setahun.

“Dengan ini saya menyeru kepada kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian agar mengkaji dan memantau penyalahgunaan AP agar harga sayur di pasaran dapat distabilkan sehingga para petani dapat membuat keuntungan dan pengguna dapat membeli dengan harga yang berpatutan,” katanya.


Sementara itu, Seng Yee menafikan dia menawarkan diri untuk bertanding pada PRK berkenaan atas dasar tidak puas hatinya terhadap calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran.

Ini kerana Manogaran yang merupakan peguam kepada mangsa tragedi banjir lumpur pada 2013 itu, telah meminta bayaran sebanyak 20 peratus daripada pampasan yang diberikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas kecuaian syarikat utiliti berkenaan.

Difahamkan, Seng Yee merupakan salah seorang ahli jawatankuasa yang ditubuhkan bagi membela nasib mangsa tragedi berkenaan. – K! ONLINE

Kategori