BIADAB… Bimbang dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN), calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, M. Manogaran dilaporkan perlekeh calon lawannya.
Malahan, beliau dengan angkuh dipetik oleh portal Malaysiakini, yakin BN tidak akan dapat kekalkan kerusi tradisi parti tersebut walaupun sekiranya meletakkan dalam kalangan etnik Orang Asli, Ramli Mohd. Nor sebagai calon.
Manogaran turut percaya bekas pegawai polis berketurunan suku Semai tersebut kononnya juga tidak akan dapat meraih majoriti undi daripada Orang Asli sendiri yang membentuk 22 peratus pemilih berdaftar kerusi tersebut.
Aktivis DAP yang juga calon PH di kawasan sama pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu turut beri perumpamaan melibatkan kuih, bagi sokong hujahnya bahawa orang Melayu tidak akan beri sokongan kepada calon Orang Asli.
“Ikut perkiraan BN, mereka (Orang Asli) fikir yang mereka tidak faham politik. Orang Melayu sendiri pun tidak akan beli kuih dijual dari gerai Orang Asli. Saya tidak fikir mereka (orang Melayu) akan undi calon Orang Asli wakil BN.
Baca: Ramli Lakar Sejarah Orang Asli Pertama Calon BN
“Orang Melayu akan tanya, kenapa tidak adakah calon orang Melayu? Kenapa pilih Orang Asli? Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli,” kata Manogaran dalam nada angkuh seperti dilapor oleh Malaysiakini semalam.
Beliau mengulas mengenai langkah dramatik BN tidak letak wakil MIC, sebaliknya sepakat memilih Ramli sebagai calon bagi parti komponen tersebut dalam PRK Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Januari depan.
PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di ibu negara akhir tahun lalu batal keputusan kerusi tersebut pada PRU sebelumnya konon atas alasan ada berlaku amalan rasuah oleh calon BN, Datuk C Sivarraajh.
Tambah Manogaran, Orang Asli sendiri didakwa konon tidak akan sokong sepenuhnya jika Ramli diletakkan sebagai calon BN bagi menentangnya kerana masyarakat itu masih memerlukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
“Anda perlukan Kerajaan Persekutuan untuk meneliti masalah anda. Jadi saya akan memanfaatkan kelebihan ini untuk kempen. Saya tidak fikir dia (Ramli) akan dapat undi dari Orang Asli sepenuhnya.” – Agensi/Mynewshub.TV