Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Akibat Takut Polis, Kereta...

LAHAD DATU - Akibat rasa takut kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang...

Fajar Kemenangan Islam Semakin...

KUALA LUMPUR - Fajar kemenangan Islam semakin menyinsing di Malaysia melalui kerjasama di...

Daftar Parti: PH Tarik...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap...

Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh...

SEPANG - Penumpang penerbangan boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi dikenakan...

Cathay Pacific ‘Iktiraf’ Jualan Tiket Silap Tahun Baharu

MALU… Cathay Pacific Airways semalam mengakui kesilapannya yang mengakibatkan ramai penumpang dapat beli tiket pada potongan harga yang besar semasa Tahun Baharu 2019.

Syarikat penerbangan berpusat di Hong Kong, China itu menegaskan bahawa ia tetap akan iktiraf tiket-tiket yang sudah dibeli pelanggan mereka pada harga amat rendah tersebut.

Menurut catatan Twitter Cathay Pacific: “Selamat sambut Tahun 2019 kepada anda, terutama sekali bagi yang beli ‘kejutan istimewa’ pada Tahun Baru. Ya, kami buat kesilapan namun kami alu-alukan anda dengan tiket dibeli.

“Harap ini juga akan menjadikan 2019 anda ‘istimewa’!”

Pengumuman itu dibuat selepas para penumpang dilaporkan dapat membeli tiket ulang-alik kelas bisnes dan kelas pertama antara Vietnam dengan destinasi rantau Amerika Utara pada harga serendah kelas ekonomi.

Para pengguna media sosial bagaimanapun memuji syarikat penerbangan itu kerana iktiraf tiket tersebut. Kesilapan itu berlaku ekoran satu pencerobohan data yang menjejaskan 9.4 juta penumpang beberapa bulan yang lalu.


Dalam pengumumannya pada Oktober lalu, Cathay Pacific Airways mendedahkan bahawa data peribadi yang terdiri daripada nombor pasport, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel sudah diakses tanpa izin.

Dalam satu kemas kini pada November tahun lalu, syarikat tersebut mengumumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan 27 pengawal selia dari 15 negara untuk siasat pencerobohan data tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori