Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Speaker Izin Isu Banjir...

Kuala Lumpur : Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bersetuju...

Warga KDN Perlu Komited...

KUANTAN - Peranan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa kini...

PRU-15: Turunkan Bendera PH...

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di...

Curi Penguin Dari Zoo Sebelum Jual Dalam FB

DUA ekor penguin yang dicuri dari sebuah zoo dijual secara terbuka menerusi laman Facebook.

Tertarik dengan iklan itu, seorang pengumpul haiwan eksotik, Reece Oliver membuat keputusan untuk membeli haiwan tersebut tanpa menyedari ia merupakan hasil curi.

Selepas membuat pembelian, jejaka berusia 27 tahun itu melakukan imbasan cip dalam badan penguin berkenaan sebelum menyedari ia merupakan milik Zoo South Lakes Safari, Cumbria.

Dua penguin berusia 15 tahun itu digelar sebagai Pablo dan Penny.

Mereka dicuri sekitar November tahun lalu.

Dalam pada itu, Reece yang menyedari mengenai penguin itu terus menghubungi pihak berkuasa.

Reece merupakan pengumpul haiwan eksotik.

Biarpun suspek sudah ditahan, beberapa penunjuk perasaan dipercayai penyokong hak asasi haiwan menyasarkan rumah Reece untuk membuat bantahan.


“Ada dua tiga orang datang dan mereka menjerit cakap saya pencuri penguin selain mengeluarkan kata-kata kesat.

“Penguin itu berada dalam keadaan sakit. Nasib baik saya beli. Saya habiskan banyak duit untuk mereka dirawat.

“Kalau penguin itu tak dibeli dan berada dengan suspek, mereka pastinya sudah mati,” ujar Reece lagi. – Mirror

Kategori