Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tauke Akhirnya Umum Nikah...

HANYA kerana tidak lagi kelihatan bersama dalam majlis hiburan mahupun di laman sosial,...

Hiba, Tangisan Selubungi Istana...

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba...

“Mahathir Melampau Tapi Saya...

BALAS BALIK... Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulangkan paku buah keras terhadap serangan...

Lagi Kedai Larang Bukan...

JOHOR BAHRU - Selepas masyarakat bukan Islam kecoh dengan sebuah kedai dobi di...

Daerah Klang Catat 1,575 Kes, 2 Kematian Denggi

KLANG – Daerah Klang mencatatkan peningkatan wabak denggi yang membimbangkan apabila sebanyak 1,575 kes dan dua kematian dilaporkan sehingga 19 Jan ini berbanding 1,300 kes sepanjang bulan Januari tahun lalu.

Antara kawasan wabak denggi ialah di Pangsapuri Damai iaitu 47 kes, Pangsapuri Rimau Perdana (37 kes), Pangsapuri Mediterranean (35 kes), Pangsapuri Sri Nervilla (33 kes), Jalan Semagagah (30 kes) dan 29 kes di Pangsapuri Ken Rimba.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya akan melancarkan operasi pemeriksaan di rumah dan premis yang disyaki menjadi sarang pembiakan jentik-jentik dan nyamuk Aedes selepas sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

“Kami akan mengeluarkan kompaun maksimum RM1,000 kepada pemilik premis atau kediaman yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan MPK di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori