Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Singapura Hantar Surat...

KUNDASANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakan sejawatannya di...

SPRM Panggil Bekas KP...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli...

Restoran Mamak Al Ehsan...

Susulan kes seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah restoran mamak di Wangsa Maju menggunakan...

Interaksi Bersemuka Perlu Dipupuk...

PUTATAN - Kemahiran dan tatara interaksi bersemuka perlu dipupuk sejak awal pendidikan anak-anak...

DAP Bakal Kawal Yadim Dalam Misi Hancurkan Islam

BIADAB… Pelantikan Muslim proksi DAP dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dilihat agenda licik parti cauvinis itu untuk misi hancurkan Islam di negara ini secara senyap.

Ia juga bagi usaha DAP untuk lemahkan suara badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu berhaluan kanan, lapor Presiden Pemantau Malaysia Baru (Pemantau), Datuk Lokman Noor Adam dipetik media tempatan hari ini.

Beliau berkata, kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Sheikh Omar Ali sebagai anggota pemegang amanah Yadim disifatkan sebagai langkah halus DAP untuk mengubah landskap politik dan agama tanah air.

Langkah tersebut supaya umat Islam di Malaysia bakal menjadi lebih terbuka kepada agenda pluralisme, liberalisme dan sekularisme dianjurkan DAP sekali gus memudahkan usaha pemurtadan Muslim khasnya generasi muda.

“DAP ni licik, mereka rekrut proksi daripada kalangan orang Islam untuk kawal institusi agama kita, sedangkan mereka secara terbuka menuntut dan mendesak agar Malaysia amalkan pluralisme atau kemajmukan agama.

“Ini boleh dilihat melalui kenyataan ahli mereka, contohnya Zairil Khir Johari yang pernah tulis dalam buletin DAP sendiri, RoketKini, gesaan agar Malaysia kembalikan pluralisme agama sebagai cara hidup harian rakyat tempatan.

“Dalam isu pelantikan proksi mereka ke dalam Yadim ini, kita kena tegaskan, fungsi Yadim hendak selaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara.

“Apa maknanya? Maknanya, Yadim ini berpengaruh ke atas hala tuju NGO Islam di Malaysia. Apa akan jadi bila Yadim kena ‘hijacked’ oleh DAP? Sudah pasti, suara NGO Islam berhaluan kanan akan dibenam oleh parti ini.

“Mereka akhirnya kena julang idea pluralisme agama, liberalisme dan sekularisme,” kata beliau kepada portal Ismaweb.net, hari ini. Mengulas lanjut, Lokman berkata, NGO selama ini adalah ‘kuasa ketiga’ yang berpengaruh.

Selama ini NGO tersebut lantang bersuara termasuk mewujudkan proses semak dan imbang kepada pihak kerajaan, serta berperanan menegur salah laku, termasuk yang babitkan polisi anti-Islam dan Melayu oleh tokoh rejim PH.

Katanya, apabila DAP yang memang terkenal sebagai pendukung pluralisme agama berjaya kawal Yadim, ini sekali gus mengakibatkan suara Islam dan Melayu yang sedia tempang sejak PH berkuasa, akan menjadi makin terpinggir.


“NGO Islam ini berperanan besar dalam mencorakkan senario politik tanah air. Buktinya, atas kesepakatan NGO Islam lah, kita berjaya menganjurkan perhimpunan aman tolak ICERD di ibu kota pada 8 Disember tahun lalu.

“Kerana kelantangan suara NGO Islam juga lah, ia berjaya beri tekanan kepada PH tidak bertindak biadab terhadap agama dan bangsa kita. Boleh kah kita bayangkan, apabila institusi payungi NGO ini, dikawal oleh DAP?” soalnya.

Justeru, Lokman mendesak agar kerajaan PH segera batalkan pelantikan Sheikh Omar ke dalam Yadim, demi memastikan kelancaran proses demokrasi Malaysia sebagai negara Islam selama ini tidak dicabul DAP.

“Kerajaan kena bertindak tegas, batalkan pelantikan dia. Jangan sampai kita himpun jutaan rakyat tolak pelantikan itu. Malaysia negara Islam, lantiklah yang memang jelas pro-Islam, bukan individu dari parti anti-Islam,” katanya.

Terdahulu, media lapor Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan pelantikan Sheikh Omar dari DAP sebagai anggota lembaga baharu pemegang amanah Yadim.

Beliau dilaporkan berkata, pelantikan ADUN Paloh di Johor selama tempoh dua tahun itu adalah berdasarkan kelayakannya sebagai seorang yang ada latar belakang agama termasuk pengajian tinggi di universiti awam.

Difahamkan, watikah pelantikannya bakal disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok sekali gus jadi pemimpin DAP yang pertama berjaya tembusi institusi agama berkaitan kerajaan pusat. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • YADIM

Kategori