Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cubaan Letup Kompleks Sempadan...

TUMPAT - Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin...

Peniaga Dihukum Mati, Sebabkan...

Melaka : Peniaga dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini,...

‘Berehat’ 13 Tahun, Siri...

BUAT peminat siri sains fiksyen X-Files yang pernah mencetuskan fenomena belasan tahun lalu, khabar ini...

Imigresen Sarawak Tahan 29...

KUCHING - Sebanyak 27 warga Indonesia serta masing-masing satu warga China dan Bangladesh...

DAP Penentu PM: Di Manakah Maruah PPBM?

BONGKAR… Pengakuan berani Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa jawatannya sebagai Perdana Menteri ketika ini ditentukan oleh sekutunya, DAP bukan pelik malah memang sudah dijangka.

Tambahan pula, kenyataan terbuka Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di Kuala Terengganu semalam dapat kutukan pelbagai pihak khususnya masyarakat Melayu sendiri yang sanggup beri undi kepada blok politik tersebut.

Mantan Panel Pemikir dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz dalam kicauannya menerusi akaun Twitter hari ini menyifatkan percaturan itu sebagai sesuatu yang aib.

“Orang PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) memang tidak ada maruah, jawatan Perdana Menteri pun ihsan dari DAP. Amat memalukan,” katanya dalam nada kesal sebagai ulas pengakuan Mahathir yang juga Pengerusi PPBM.

Media melaporkan, Mahathir mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara termasuk pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) twaima berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau ketika merasmikan Pejabat Perhubungan PPBM Terengganu semalam berkata, pada awalnya, DAP adalah sebuah parti seteru, namun keadaan telah berubah dan menjadikan parti cauvinis itu sebagai rakan sekutu PH.

Malah Mahathir mendedahkan lagi, kedudukan beliau dalam blok itu serta jawatan mana-mana pemimpin PH juga dicaturkan oleh DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam gabungan aneh tersebut selepas ambil alih negara.

Baca: Mahathir Akui DAP Paling Berkuasa Dalam PH


Sementara itu, seorang netizen yang menggunakan gelaran Ismet Ulam Raja pula meninggalkan maklum balas mengenai isu berkenaan dengan menyindir pengundi PH yang memberi undi kepada DAP untuk berkuasa.

“Wah tahniah pengundi PH!!! Undi PH, undi DAP. Jawatan Perdana Menteri pun DAP tentukan. Atuk cuba mahu letak pemberat kepada DAP ke ni? Anwar naik ke tak pun DAP tentukan la ni,” katanya menerusi laman Twitter.

Dalam pada itu, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah organisasi Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kenyataan Mahathir itu cerminan wajah sebenar politik Malaysia Baharu

“Pendedahan Mahathir ternyata adalah cukup memalukan. Ia sebenarnya turut mencerminkan betapa politik bangsat orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang sentiasa mengikut telunjuk bukan Melayu.

“Pengakuan terbuka itu dengan jelas menunjukkan parti gabungan PH, terutama parti yang konon dianggotai orang Melayu sendiri, hanya ikut telunjuk DAP semata-mata,” kata Abdullah Zaik kepada portal Ismaweb.net, hari ini.

Kenyataan itu ujarnya, menunjukkan dengan jelas pemimpin Melayu dalam PH dan kerajaan tiada kuasa, sebaliknya parti tamak haloba DAP menentukan perjalanan urusan pentadbiran negara sekarang. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

Kategori