Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita 83 Tahun Tak...

BALIK PULAU - Usianya mencecah 83 tahun, tetapi wanita warga emas ini tetap...

PERGHH.. Sanggup Berhabis RM47,000...

PERCAYA atau tidak, sebiji topi keledar telah dijual dengan harga RM47,000.Mungkin kedengaran tidak...

Gabenor Bali Arah Penduduk...

DENPASAR – Kesal dengan kehadiran lebih setengah juta anjing liar, Gabenor Bali, Made...

8 Lelaki Ditahan Miliki...

BESUT - Lapan lelaki termasuk seorang remaja ditahan bersama 594 pil dadah jenis...

DBP Ambil Pendekatan Inklusif Kepada Semua Kaum

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjadikan institusi itu inklusif kepada semua kaum di negara ini dalam usaha memartabat dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.

“Oleh itu, kami cuba jadikan institusi ini sebagai hak milik masyarakat iaitu insklusif atau menyeluruh untuk orang India, Cina dan sebagainya.

“Jadi sekarang kami mahu memperhebatkan penglibatan bukan Melayu untuk sama-sama memartabatkan dan terlibat sama dalam usaha mengembangkan persuratan kita ini.

“Antara kaedah yang akan dibuat ialah menterjemahkan karya dalam Bahasa Melayu kepada bahasa lain,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini malam tadi.

Sementara itu, Abang Sallehudin menyifatkan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai kota buku dunia 2020 adalah penghormatan tinggi dalam tamadun sesuatu bangsa.


“Pengiktirafan itu dapat menyuntik semangat masyarakat agar terus memperkasakan budaya membaca di negara ini,” katanya.

Pada 12 November lepas, Kuala Lumpur diiktiraf sebagai ibu kota buku dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi tahun 2020.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap aktiviti berkaitan buku, kesusasteraan, kesenian dan gerakan membaca dalam kalangan warga kotanya. – BERNAMA

Kategori