Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

#ASEAN: Membentuk Solidariti Asean...

KUALA LUMPUR - Menjelang penubuhan Komuniti ASEAN hujung tahun ini, Bahasa Melayu dilihat...

3 Sukan Disasar Sumbang...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyasarkan tiga acara sukan -...

SPRM Siasat Semua Laporan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional...

Polis Sifatkan Individu Terbabit...

PAGOH - Individu yang terbabit dalam kumpulan militan IS disifatkan sebagai golongan yang...

Disingkir Grup WhatsApp Sebab Kutuk PH

PADAH… Ibarat paku dulang, paku serpih, kata orang, tapi dia yang lebih mungkin sesuai dirujuk kepada tindakan pentadbir grup WhatsApp ini yang kononnya laung hak kebebasan bersuara.

Jika sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei tahun lalu, tiada tindakan dikenakan ke atas ahli grup yang kutuk Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka dengan pelbagai maki hamun.

Namun kini sebaliknya, hanya kerana lantang kritik kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang sering tipu rakyat marhaen, seorang aktivis badan bukan kerajaan disingkir daripada grup aplikasi sembang sosial tersebut.

Tindakan itu mengakibatkan Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Hizatul Isham Abdul Jalil memfailkan saman ke atas pihak singkirkannya daripada kumpulan WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 di Putrajaya.

Bekas pegawai khas kepada Najib itu menyifatkan tindakan aneh pentadbir grup tersebut jelas sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap dirinya kerana sering berkongsi bahan-bahan dan artikel yang kritik kegagalan kerajaan PH.

Menurutnya, beliau tidak lagi boleh hantar mesej dan ikuti perkembangan semasa aktiviti kejiranan di kawasan sekitar kediaman rasmi Perdana Menteri itu meskipun memiliki sebuah hartanah secara sah di tempat berkenaan.

“Ini bukan kumpulan WhatsApp biasa sebaliknya ia adalah kumpulan persatuan penduduk yang berdaftar. Saya adalah tuan punya satu hartanah di sana. Saya pun tahu undang-undang dan tahu hak saya,” kata Hizatul Isham.


Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya hari ini, beliau mendakwa disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp itu atas pendirian politiknya yang pro-BN dan agak ketara tentang pihak rejim PH.

“Pada PRU ke-14 lalu banyak posting (hantaran) anti-BN dan maki hamun serta cerca Najib dibuat dalam kumpulan WhatsApp ini, tetapi tiada siapa pun dibuang. Saya pasti ini kerana desakan daripada penyokong tegar kerajaan PH.

“Atau admin (pentadbir) grup itu sendiri yang tidak tahan dan ‘panas’ apabila dia baca artikel dan hujah berfakta tidak menyebelahi kepentingan mereka,” dakwa Hizatul Isham dalam nada penuh kesal. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video sekadar hiasan…

Kategori