Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat: Pembangkang Desak...

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan supaya membenarkan pengeluaran dana Kumpulan...

GPMS Kumpul Maklum Balas...

GEORGETOWN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sedang mengumpul maklum balas daripada orang...

Ribuan Bantah Pembebasan 5...

MADRID - Beribu-ribu rakyat Sepanyol membanjiri jalan di Pamplona membantah pembebasan lima lelaki...

Pramugari MAB Menangis Dipaksa...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Diskaun Tol 3 Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Lebih 452,000 pengguna di tiga lebuh raya iaitu Lebuh Raya Shah Alam (LSA), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SMART bakal menikmati diskaun kadar tol sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Trans Kota Holdings Bhd. (LITRAK), Stephen Low Chee Weng berkata, pemberian diskaun antara 10 dan 30 peratus itu akan bermula 12 tengah malam sehingga pukul 11.59 malam pada 5 Februari ini.

“Diskaun ini adalah antara inisiatif pihak kami dalam mengurangkan beban pengguna semasa perayaan Tahun Baru Cina. Secara keseluruhan, jumlah anggaran diskaun kadar tol ini berjumlah RM221,500,” katanya pada sidang akhbar pengumuman diskaun berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi SMART Sdn. Bhd., Sharifah Alauyah Wan Othman dan Ketua Pegawai Operasi KESAS Sdn. Bhd., Mohammed Shah Samin.

Stephen berkata, pengguna kenderaan Kelas 1 di Lebuh Raya LSA akan menikmati diskaun 10 peratus (RM0.20) manakala peratus (RM0.70) ditawarkan kepada pengguna LDP. – BERNAMA

Kategori