Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Comel Sungguh Adik...

OH, comel sungguh melihat aksi dua beradik dalam video yang dimuatnaik oleh bapa mereka menerusi...

Bayi 5 Hari Diculik...

SEORANG ibu baru bersalin tidak dapat menahan tangisan apabila mengetahui bayinya yang berusia...

Remaja Meragut Sebab Terdesak...

MELAKA - Seorang remaja lelaki memberi alasan terdesak mahu berkahwin bulan depan, selepas...

2 Panel Bebas Pantau...

Kuala Lumpur : Kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Dua Beradik Hidap Penyakit Cepat Tua

DIEPENBEEK – Dua adik beradik yang menghidap sejenis ‘penyakit cepat tua’ melangkaui jangka hayat diberikan doktor walaupun badan mereka mengalami proses penuaan 10 kali ganda lebih pantas.

Pemuda bernama Michiel, 20, dan adik perempuannya, Amber Vandeweert, 12, adalah dua daripada 155 penghidap satu keadaan genetik dipanggil progeria yang hanya berlaku sekali dalam setiap lapan juta kelahiran dengan jangka hayat tidak lebih daripada 12 tahun.

Bapa mereka, Wim Vandeweert berkata, Michiel dikesan menghidap penyakit itu ketika berusia lapan bulan manakala adiknya kira-kira tujuh minggu selepas dilahirkan. Kedua-duanya mengalami masalah keguguran rambut, tidak mempunyai gigi serta berat badan tidak bertambah.

Walaupun hanya bergantung kepada ubat-ubatan dari Amerika Syarikat untuk terus hidup, Michiel mampu memandu kereta go-kart dan ingin menjadi seorang deejay manakala adiknya teringin menceburi bidang tarian.


Wim turut terkejut apabila kedua-dua anaknya menghidap progeria memandangkan penyakit itu tidak diwarisi secara genetik malah kes dua beradik menghidap penyakit sama cuma direkodkan pada sepasang kembar seiras sebelum ini. – Agensi

Kategori