Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ngeri! Kolam Renang Kaca...

SANGGUPKAH anda berenang di puncak pangsapuri mewah setinggi 42 tingkat dengan dasar kolamnya diperbuat...

Program Pembangunan Peneroka Diperluas

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Peneroka (PPP) menerusi projek pertanian dan ternakan akan...

Ketiadaan Elektrik, Punca Pintu...

SHAH ALAM : Aras banjir mencecah 1.5 meter hingga tiga meter membabitkan hampir...

Bank Ada Kemampuan Lanjutkan...

KUALA LUMPUR : Institusi perbankan wajar melanjutkan moratorium yang tamat pada 31 Januari...

Dua Jam Kutip Cebisan Tubuh

LELAKI maut dalam keadaan tragis apabila digilis beberapa kenderaan menyebabkan tubuhnya hancur di Kilometer 274.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, G Muniandy, 50 melintas jalan menuju ke R&R itu kerana motosikal yang ditunggangi kehabisan petrol.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mangsa dilanggar sebuah Perodua Myvi dari arah Seremban menuju Nilai yang tidak menyedari mangsa melintas jalan.

“Kereta itu yang berada di lorong paling kanan tidak sempat mengelak lalu merempuh lelaki berkenaan.

“Mangsa tercampak di atas jalan sebelum digilis beberapa kenderaan lain,” katanya.

Mohd Nor Marzukee berkata, kejadian itu menyebabkan seluruh tubuh mangsa hancur.

“Polis yang menerima panggilan orang awam bergegas ke lokasi. Mereka kemudian dibantu bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), lebih dua jam masa diambil bagi mengutip cebisan tubuh mangsa,” katanya.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di Seremban.

Menurutnya, pemandu Perodua Myvi berkenaan, A Tharmendra, 30, cedera di tangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut Mohd Nor Marzukee, pihaknya turut menemui motosikal milik mangsa yang diletakkan 30 meter dari lokasi kejadian selain sedang mengesan ahli keluarganya yang menetap di Mantin. – myMetro online

Kategori