Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Mahu Melahirkan Bukan...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan mahu melahirkan bukan sahaja golongan yang pandai tetapi...

OIC Gesa Qatar Hormati...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Qatar menghormati komitmen...

Umat Islam Perlu Sedia...

KUCHING - Umat Islam perlu sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan demi memperkukuhkan akidah...

Mohammadin Sahkan KSU Dipanggil...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha...

Eksekutif Rugi RM8,000 Diperdaya Kenalan Instagram

MIRI – Seorang eksekutif pengurusan syarikat di sini kerugian RM8,000 ditipu seorang lelaki yang hanya dikenali menerusi laman sosial, Instagram Oktober tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 61 tahun, mengenali lelaki yang dikenali dengan nama John Lee pada 12 Oktober 2018 yang mendakwa ada menghantar barangan kepada mangsa pada bulan yang sama.

“Pada bulan sama mangsa menerima panggilan telefon dan WhatsApp daripada nombor telefon +1(512)6436702 dan +60109518724, daripada orang yang tidak dikenali mengatakan ada barang kiriman dari luar negara kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, barang kiriman itu dikatakan mengandungi wang tunai, beg dan iPhone yang didaftarkan dan dialamatkan kepada mangsa namun barangan tersebut ditahan oleh Kastam serta RM8,000 diperlukan untuk melepaskannya.

“Mangsa telah membuat bayaran RM8,000 ke tiga akaun berbeza antara 22 Oktober 2018 hingga 7 Januari 2019 dan selepas menyedari barangan masih tidak diterima sehingga kini, mangsa membuat laporan polis semalam,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori