Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengundi Tak Berhak Dapat...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa pengundi tidak berhak untuk mendapatkan...

Seragamkan Kurikulum Maahad Tahfiz...

ALOR GAJAH - Kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara perlu diseragamkan untuk menghasilkan...

Nafi Orang Dalam Dalang...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menafikan penglibatan orang dalam...

Akibat Dendam, Nelayan Bunuh...

AKIBAT dendam lama kerana isterinya dirampas, seorang lelaki nekad membunuh suami bekas isterinya...

Fabregas Menangis Di Stamford Bridge

MONACO – Pemain tengah Sepanyol, Cesc Fabregas dijangka berada di Monaco pada hari ini, bagi membincangkan soal perpindahannya dari Chelsea ke kelab Ligue 1 Perancis, menurut laporan L’Equipe.

Fabregas dan ejennya, Darren Dein akan bertemu Naib Presiden Monaco, Vadim Vasyliev, meskipun sumber memaklumkan kepada APF bahawa perpindahan itu masih belum diputuskan.

Fabregas, 31, beraksi selama empat musim di Arsenal (2003-2007) bersama jurulatih Monaco pada masa ini, Thierry Henry.

Dia berpindah ke Chelsea pada 2014, tetapi tidak berada dalam perancangan masa depan jurulatih, Maurizio Sarri apabila hanya bermain enam kali di sepanjang musim.

Pada perlawanan awal pagi tadi (Piala FA), Fabregas menitiskan air mata kerana ia mungkin menjadi perlawanan terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Chelsea.


Chelsea menang 2-0 ke atas Nottingham Forest di Stamford Bridge, namun Fabregas gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila sepakannya diselamatkan penjaga gawang pelawat. – Agensi

Kategori