KUALA LUMPUR – Laman sosial Fanpage Facebook Mynewshub dengan pengikut hampir tiga juta orang telah digodam sejak pertengahan Disember lalu.
Menurut sumber, tindakan pengodam yang tidak diketahui itu menyebabkan operasi media sosial portal berita berkenaan kini hampir lumpuh.
“Kami banyak menggunakan FB kami sebagai medium penyebaran maklumat.
“Tanpanya, kami kini tempang,” katanya di sini.
Kata sumber tersebut, mereka yakin pengodam mungkin berasal dari luar negara.
Tambah sumber berkenaan, laporan telah dibuat kepada pihak Facebook, namun setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil pengendali media sosial berkenaan.
“Hanya pihak Facebook yang mampu membantu kami waktu ini,” katanya.
Mynewshub ditubuhkan sejak tahun 2010 dan merupakan antara penyokong kuat kerajaan sebelum ini.
Ia kini bergerak atas dana sendiri. – Mynewshub.tv