SAN FRANCISCO – Alphabet Inc. Google, semalam melaporkan ia bakal mematikan aplikasi iPhone selepas peranti itu membayar sebilangan pengguna untuk memasang aplikasi di telefon bertujuan mengkaji tabiat digital pengguna.
Langkah itu dibuat sehari selepas rangkaian media sosial Facebook Inc. mengumumkan keputusan yang sama.
Google dan Facebook dikritik oleh pakar privasi kerana mengedarkan aplikasi penyelidikan mereka melalui iPhone.
“Aplikasi iOS Screenwise Meter tidak sepatutnya dikendalikan di bawah program kendalian Apple. Ini adalah satu kesilapan, dan kami memohon maaf,” kata Google dalam satu kenyataan. – Reuters