Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PRK Tanjung Piai: SPR...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya pihaknya mempunyai niat tidak baik...

Agenda Sebenar Tolak Ketuanan...

BUKAN sesuatu yang pelik bila menteri muda dari PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul...

Rumah Orang Tua Terbakar...

KUALA LUMPUR - Pusat jagaan rumah orang tua di Persiaran Sungai Long, Kajang,...

Tun Abdullah ‘Bapa Pembangunan...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini dianugerahi...

Grab Batal Khidmat Sewa Basikal Di Singapura

MANSUH… Syarikat tempahan kereta sewa atas talian, Grab memutuskan tidak akan lagi ceburi perniagaan basikal sewa di Singapura, sebaliknya ia beri tumpuan kepada khidmat e-skuter sewa.

Dalam kenyataannya kepada pihak media semalam, pengurusan Grab menyatakan ia sudah melepaskan lesen sementaranya bagi khidmat basikal sewa pada bulan lalu dengan kebenaran Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Pihak Grab namun menambah bahawa sejak berjaya peroleh lesen tersebut pada September tahun lalu, ia sudah menilai landskap perniagaan khidmat basikal sewa dan mendapatkan maklum balas dari para pengguna.

Agensi berita tempatan Mediacorp difahamkan Grab tidak dikenakan denda oleh pihak LTA tetapi ia kehilangan yuran lesen yang sudah dibayarnya semasa membuat permohonan untuk perkhidmatan sewa basikal tersebut.

Sebagai pemegang lesen sementara, GrabCycle perlu bayar yuran tahunan S$12 (kira-kira RM36) bagi setiap basikal. Ia hanya diberi lesen untuk pengendalian sebanyak 1,000 buah basikal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori