Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Garis Panduan Solat Ketika...

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia berada pada fasa akhir untuk menerbitkan Garis...

Demam Star Wars Kini...

'DEMAM' filem sains fiksyen Hollywood terkenal Star Wars: The Force Awaken semakin memuncak dengan pelbagai...

Sejarah Tercipta, Ada Sinar...

Pada April lalu, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

4 Gajah Liar Akan...

TAWAU - Sabah Softwoods Berhad (SSB) dan Jabatan Hidupan Liar akan mencari kaedah...

Gunung Berapi PNG Mula Meletus

SYDNEY – Salah satu gunung berapi paling aktif di Papua New Guinea mula meletus, kata pihak berkuasa hari ini, memusnahkan perkampungan di pulau terpencil itu.

Pulau Manam adalah gunung berapi yang menonjol di laut utara tanah besar Papua yang mempunyai sejarah letusan, dengan aktiviti utama pada November 2004 memaksa pemindahan 9,000 penduduk.

Gunung berapa itu meletus beberapa kali sejak itu dan mengeluarkan lahar dan abu bulan lalu.

Siri gegaran sekitar Manam mencetuskan sistem amaran semalam dan gunung berapi mula meletus sejurus selepas itu, kata Pemantau Gunung Berapi Rabaul.

Letusan berkemungkinan berterusan hingga awal hari ini, kata jurucakap agensi itu, Ima Itikarai.


Laporan pemantauan yang dikongsi dengan laman web berita Loop PNG menyatakan letusan terbaru terhasil dari kawah utama, dengan lahar mengalir ke lembah berhampiran dan serpihan bongkah batu menimpa perkampungan.

Papua New Guinea mempunyai banyak gunung berapi, terutama di pesisir pantai, kerana negara itu terletak di persimpangan dua kepingan tektonik. — Agensi

Kategori