Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Presiden Bola T’ganu Mahu...

NAMPAKNYA sikap jujur seorang peminat bola sepak ini memberi  tuah kepadanya.Ini berikutan, Presiden...

Hanya 9 Tahfiz Di...

ARAU - Hanya sembilan daripada 14 maahad tahfiz persendirian di Perlis memenuhi kriteria...

30 Juta Rakyat AS...

WASHINGTON - Lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah mengundi dalam pilihan...

Imam Demam Denggi: Pengantin...

TEMERLOH – Pasangan pengantin baharu yang telah enam tahun menyulam cinta tidak menyangka...

Hadiah Tahun Baru Pakatan Harapan Kepada Rakyat

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan fahaman politik. Tahun 2019 bakal menjadi tahun yang mencabar kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dasar-dasar ekonomi yang lemah daripada Pakatan Harapan.

 

2. Pada hari pertama tahun 2019, rakyat “dihadiahkan” dengan harga minyak yang masih tidak turun dengan alasan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, mahu membawa isu ini ke mesyuarat kabinet untuk merealisasikan apungan harga minyak mingguan. Harga minyak dunia turun lagi jika dibandingkan bulan Oktober ke Disember 2018. Harga minyak satu barrel berdasarkan harga minyak dunia telah jatuh daripada USD 82 kepada USD 60 pada bulan Disember. Terkini, harga minyak satu barrel adalah sekitar USD 50.

 

3. Mengikut pengiraan terkini menggunakan harga minyak USD 50 satu barrel, selepas memasukkan keseluruhan kos dan margin keuntungan, harga minyak di stesen minyak dianggarkan RM 1.71 untuk seliter. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah membayar hampir 50 sen setiap liter kepada kerajaan Pakatan Harapan pada bulan Januari 2019. Inilah cukai senyap yang diambil daripada rakyat pada hari pertama tahun 2019.

 

4. Setelah membuat mengiraan lebih terperinci, kerajaan sebenarnya tidak perlu membayar subsidi minyak apabila harga minyak USD 70 setiap satu barrel. Berdasarkan maklumat ini, dianggarkan harga minyak USD 70 sejak 8 November 2018. Kerajaan sebenarnya mempunyai masa selama 2 BULAN untuk memberitahu rakyat dan mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak di stesen minyak, tetapi YB Menteri dan Kerajaan memilih untuk diam membisu dan menindas rakyat. Ini adalah bulan KETIGA rakyat membayar cukai minyak kepada kerajaan secara senyap.

 

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mewakili Pemuda Gagasan Sejahtera menggesa YB Menteri bersikap telus dan prihatin dengan kesusahan yang dialami rakyat. Kami menggesa harga minyak diturunkan mengikut perkiraan harga minyak dunia dan diapungkan setiap minggu dengan harga siling sekiranya harga minyak dunia kembali naik. Kerajaan jangan takut dengan pengusaha stesen minyak. Seharusnya kebajikan rakyat didahulukan.


 

 

Demi Bangsa Malaysia!

 

Shahir Adnan

Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

merangkap

Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori