Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Tak Tahu Kenapa Kena...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh...

Suspek Curi Motosikal Cuba...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kegiatan curi motosikal, ragut...

MCA Mersing Gesa Wee...

MERSING : MCA Bahagian Mersing menggesa Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong meletakkan...

Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut...

SHAH ALAM - Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi...

Harga Minyak Dunia Turun

SINGAPURA – Harga minyak turun satu peratus hari ini susulan peningkatan bekalan Amerika Syarikat (AS), sungguhpun suasana pasaran global yang semakin yakin di tengah-tengah harapan AS dan China akan segera menamatkan pertikaian perdagangan yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$51.75 satu tong pada 0113 GMT, turun 61 sen atau 1.2 peratus berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut satu peratus, atau 63 sen, pada AS$60.81 satu tong.

Kedua-dua penanda aras itu melonjak sekitar lima peratus pada hari sebelumnya susulan lonjakan pasaran kewangan di seluruh dunia berikutan Washington dan Beijing tidak lama lagi akan dapat menamatkan pertikaian perdagangan antara kedua-duanya, meredakan kebimbangan akan berlakunya perang perdagangan besar-besaran antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

“Di tengah ketegangan perdagangan yang semakin reda dan penyusutan dolar AS, harga minyak mentah menokok selepas Arab Saudi menegaskan pemotongan pengeluaran akan tetap berlaku,” kata bank ANZ.


Bagaimanapun, Morgan Stanley merendahkan unjuran harga minyak 2019 lebih 10 peratus pada Rabu, bersandarkan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang semakin lemah dan peningkatan bekalan minyak dari luar OPEC sebagai alasan untuk ramalan harga yang lebih rendah.

Morgan Stanley kini menjangkakan Brent didagangkan pada purata AS$61 satu tong tahun ini, turun dari anggaran sebelumnya AS$69 satu tong. – Reuters

Kategori