Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perkahwinan Bawah Umur Bukan...

PUTRAJAYA - Perkahwinan‭ ‬di ‬bawah‭‭ ‬umur‬‭ ‬seperti‭ yang ‬diperuntukkan‭ ‬di dalam‭ ‬‬undang-undang‭ ‬‬keluarga‭‭...

Daftar Automatik, Had Umur...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan dan akan menjalankan...

Chong Wei Yakin Rampas...

PETALING JAYA - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyasarkan...

Wan Azizah Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Harga Petrol, Diesel Akhirnya Turun Juga!

LEGA… Penetapan harga runcit produk petroleum akan dilaksana secara mingguan mulai 12 tengah malam esok membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat.

Ia selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia sehingga cetus kemarahan rakyat ekoran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak melakukan perkara sama dan didakwa mengutip subsidi bahan bakar itu dari rakyat!

Justeru Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi kenyataan bagi reda isu itu berkata, persetujuan dicapai dalam mesyuarat jemaah menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Januari lalu.

Menurutnya, mulai esok hingga 11 Januari ini, harga runcit petrol RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Sementara itu harga runcit untuk diesel juga akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.


“Harga runcit ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik.

“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori