Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KKM Tetapkan Syarat Penggunaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menetapkan beberapa syarat dalam membenarkan pengendali makanan menggunakan...

Taufan Kammuri: Lapangan Terbang...

HANOI - Pihak berkuasa Filipina berkata lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Manila...

Bas Ekspres Langgar Treler...

KUALA LUMPUR - Seramai lima penumpang dan seorang pemandu bas cedera selepas bas...

UIAM Perlu Peka Kedudukan...

MELAKA - Tokoh dan aktivis budaya di negeri ini mengesa Universiti Islam Antarabangsa...

Harimau ‘Rare’ Di Zoo Kurus Kering, Makan Tanah

SEEKOR harimau Benggala putih yang jarang ditemui dirakam menjilat dan makan tanah di kandangnya di sebuah zoo di China.

Video yang tersebar di laman media sosial China, Weibo itu telah dirakam oleh seorang pengunjung yang terkejut melihat kejadian itu.

Pengunjung berkenaan yang hanya dikenali sebagai Wang berkata harimau putih itu yang tergolong dalam spesies haiwan terancam, dilihat kurus dan tidak cukup makan.

Dilaporkan tiada makanan diletakkan di atas tanah, tetapi harimau itu terus menjilat tanah sebelum mula mengunyahnya.

Video itu diambil semasa lawatan Wang ke Zoo Wuhan di China tengah baru-baru ini.

“Haiwan itu sangat kurus macam papan dan sangat lapar sehingga terpaksa makan tanah,” tulisnya dalam posting yang dimuat naik.

Dia juga menyeru pihak berkuasa memberi perhatian dan tindakan harus diambil terhadap zoo terbabit.

Wang juga mengutuk layanan buruk kakitangan zoo terhadap binatang itu.

Walau bagaimanapun, pihak zoo menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak memberi makan harimau itu, menyatakan bahawa haiwan itu sihat.


Akaun Weibo rasmi zoo itu juga mengulas posting Wang, menyatakan bahawa harimau berkenaan baru saja diberi makan seekor ayam sebelum video tersebut dirakam.

Ia juga menyatakan bahawa haiwan itu kemungkinan besar hanya makan serbuk di atas tanah.

Jelas mereka, harimau itu berusia tujuh tahun dan beratnya adalah kira-kira 118kg.

Menurut World Wide Fund for Nature, berat purata bagi harimau Bengal dewasa adalah 249kg.

Jurucakap zoo itu memberitahu Beijing Youth Daily bahawa mereka mempunyai bekalan makanan yang cukup untuk harimau itu tetapi “kerana ia tidak banyak bergerak dan makan terlalu banyak, ia akan menjadi terlalu gemuk. Jika seseorang itu gemuk, dia akan jatuh sakit. Samalah juga dengan haiwan,” kata wakil jurucakap zoo itu.

Harimau putih Bengal sangat jarang ditemui di alam hidupan liar dan disenaraikan sebagai terancam oleh World Wildlife Fund. – Agensi

Kategori