Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KPDNHEP, MAFI Cari Penyelesaian...

JERANTUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian...

Ibu Durjana Lacurkan Dua...

JOHOR BAHRU- Dua beradik tiri, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun, didakwa telah...

Anggota Polis Maut Kereta...

BATU PAHAT - Seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 km sejam...

Hasrat Miliki Van Musnah Akibat Ditipu

KUANTAN – Impian seorang juruteknik untuk memiliki sebuah van musnah selepas ditipu dalam urusan jual beli menerusi laman internet, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang , Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 20 tahun mendakwa ingin membeli van jenis Perodua Rusa yang diiklankan di sebuah laman web pada 1 Januari.

Katanya, mangsa berurusan dengan seorang lelaki dan mereka bersetuju pada harga RM5,000 dengan syarat mangsa yang menetap di Kemayan, Bera dekat sini, menjelaskan deposit sebanyak RM1,000.

“Mangsa membuat bayaran itu pada hari yang sama dan dua hari kemudian, dia dihubungi seorang wanita yang memintanya menjelaskan bayaran penuh sekiraya benar-benar berminat dengan van tersebut.

“Mangsa bagaimanapun mendakwa gagal untuk menghubungi kedua-dua suspek selepas menjelaskan baki RM4,000 pada malam 3 Januari lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd. Wazir menambah mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera semalam, kerana merasakan dirinya telah ditipu dalam urusan jual beli itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori