Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016: Nilai BB1M...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program...

KP Kesihatan Nafi Pengendali...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan pengendali...

Definisi ‘Gelombang Haba’ Dipersetujui...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani El-Nino dan Cuaca Kering pada hari...

TMJ “Walk The Talk”,...

"Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami jadi terlalu selesa, terlalu yakin...

Henti Makan Telur Penyu! – Amaran Polis

ANCAMAN… Polis Diraja Malaysia (PDRM ) menggesa masyarakat tempatan supaya berhenti beli atau makan telur penyu, yang kini semakin teruk berkurangan dan diancam kepupusan.

Menerusi satu hantaran dalam laman sosial Facebooknya, PDRM mengingatkan masyarakat supaya memainkan peranan dalam usaha bantu menyelamatkan spesies marin yang kian terancam ini.

Katanya, spesies yang wujud lebih 100 juta tahun itu didapati semakin kurang mendarat di pantai negara ini untuk bertelur disebabkan faktor seperti aktiviti pemburuan secara haram atau perubahan iklim yang tidak menentu.

“Justeru, pelbagai usaha dan inisiatif sedang dilakukan oleh semua pihak di Malaysia, malah di seluruh dunia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memulihara spesies terancam ini.

“Cabaran terbesar dalam usaha pemuliharaan penyu adalah pengutipan telur bagi tujuan komersial,” kata kenyataan PDRM tersebut yang dipetik media tempatan hari ini.

Kenyataan itu berkata, pihak PDRM menerusi Polis Marin sentiasa melakukan pemantauan dan menjalankan operasi bagi banteras aktiviti penyeludupan telur penyu, terutama di Sabah dan Sarawak.

Katanya, aktiviti penyeludupan dan penjualan telur daripada mana-mana spesies penyu di dua negeri terbabit adalah satu kesalahan serta boleh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.


“Individu yang didapati bersalah dalam melakukan aktiviti penyeludupan telur penyu, boleh didenda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Hentikan beli dan makan telur penyu kerana apabila tiada permintaan untuknya, maka tiadalah yang jual. Salurkan juga maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui berlaku aktiviti penyeludupan telur penyu.

“Bersama kita lindungi haiwan khazanah negara yang tidak ternilai ini,” katanya. Untuk rekod, setakat ini Kerajaan Terengganu sudah haram penjualan telur penyu di pasaran negeri itu sejak 1987. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • penyu

Kategori