Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’...

SETAKAT ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti...

MDEC, Jakim Sedia Rangka...

KUCHING - Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) akan menyediakan rangka kerja...

Budak 5 Tahun Cedera...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera di bahagian kepala apabila sebuah helikopter...

PKR Kata Bencana Banjir...

KUALA LUMPUR - Kejadian banjir tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan politik untuk mengkritik...

Hishammuddin Sedih PH Sisih Veteran ATM

KESAL… Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein lahir keresahan terhadap masa depan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seolah-olah dipinggirkan Pakatan Harapan (PH).

Dalam perjumpaan bersama bekas veteran ATM Felda Sungai Koyan di Lipis hari ini beliau berkata, tiada apa-apa yang signifikan dilakukan oleh kerajaan PH dalam bantu golongan veteran selepas sembilan bulan memerintah.

“Seperti semua maklum semasa saya memimpin Kementerian Pertahanan, agenda veteran merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati saya dan kita Barisan Nasional (BN) pada waktu itu bukukan apa yang kita hendak lakukan.

“Ini termasuklah dari segi perubatan, kesihatan, pendidikan anak cucu dan perumahan bekas tentera terutama yang tidak berpencen. Namun kini mereka terbiar begitu sahaja tanpa dapat pembelaan sewajarnya oleh kerajaan baharu.

“Kalau sekiranya ini berterusan saya bimbang mereka yang tidak berdosa ini menjadi mangsa, cukup-cukuplah berpolitik, cukup-cukuplah menuding jari kepada kerajaan terdahulu,” kata Hishammuddin dalam nada kesal.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama veteran ATM di Felda Sungai Koyan 1 bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada akhir bulan ini.

Untuk rekod, Hishammuddin, 57, yang juga bekas Naib Presiden UMNO, pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2013 sehingga tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori