Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bursa Saham Asia Jatuh...

WASHINGTON DC - Bursa saham Asia mengalami kemerosotan setelah Donald Trump mendahului Hillary...

Hosni Mubarak Meninggal Dunia

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di...

Angin Kencang Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Keadaan angin kencang Timur Laut yang melanda kawasan perairan Kelantan,...

Video Dakwa Wanita Diculik...

KUALA LUMPUR - Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang...

Hyundai Bina Kereta Berkaki Empat

LAS VEGAS – Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai memperkenalkan projek kereta berkaki robotik yang boleh berjalan atau merayap di permukaan sukar.

Dinamakan Elevate, projek itu diumumkan kepada media menjelang pembukaan pameran Pertunjukan Elektronik Pengguna di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat semalam.

“Kereta (Elevate) ini dilengkapi kaki robotik yang boleh menyelamatkan nyawa ketika berlaku bencana,” kata ketua projek tersebut, John Suh.

Berdasarkan model skala kecil yang dipamerkan pada acara media tersebut, Elevate dilengkapi empat kaki mekanikal bersama tayar untuk membolehkan kenderaan itu berjalan atau merayap.

Kaki-kaki robotik itu boleh dilipat bagi membolehkan Elevate bergerak seperti kereta biasa.


“Kaki-kaki robotik ini membolehkan Elevate bergerak ke semua arah, meniru pergerakan reptilia atau mamalia dan memanjat permukaan sukar termasuk tembok setinggi 1.5 meter tanpa menjejaskan keselesaan penumpang,” kata Hyundai dalam kenyataan akhbar.

Syarikat Korea Selatan itu membangunkan projek tersebut sejak tiga tahun lalu.

“Elevate berupaya menerokai kawasan yang tidak dapat dimasuki kenderaan konvensional,” kata pegawai reka bentuk projek tersebut, David Byron. – Agensi

Kategori