Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjual Sayur Dijel 3...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual sayur dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan rakan...

Suami Dikelilingi Wanita Cantik,...

PELAKON kecil molek, Wawa Zainal mengakui dia serba sedikit berasa terganggu apabila suaminya,...

‘Kepada Yang Pergi, Biarkan...

SHAH ALAM - Kepemimpinan UMNO sepatutnya menumpukan usaha ‘menghidupkan’ kembali UMNO, bukan sibuk...

Bunuh: Bekas Ahli Perniagaan...

SIBU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas ahli perniagaan, Jacob...

Indonesia Tutup Taman Komodo Selama Setahun

PULIHARA… Pihak berkuasa Indonesia bakal tutup sementara Taman Nasional Komodo di wilayah Nusa Tenggara Timur kepada para pengunjungnya selama setahun, lapor media tempatan.

Usaha tersebut bagi kekalkan tempat pemuliharaan biawak Komodo serta tampung rancangan untuk perkenalkan semula rusa, iaitu haiwan sumber makanan utama reptilia gergasi berkenaan, di kawasan pulau terbabit.

Menurut IDN Times, kawasan kediaman Komodo di Daerah Manggarai Barat dikesan berkurangan ekoran bilangan rusa yang merosot. Saiz biawak itu juga semakin mengecil akibat kurang sumber makanan haiwan mamalia itu.

Selain itu, usaha pemuliharaan Komodo perlu dijalankan bagi cegah biawak ini daripada baham pula biawak yang lain akibat kebuluran teruk di kawasan taman negara seluas 1,733 kilometer persegi, lapor media republik tersebut.

Setakat ini, media tempatan difahamkan bahawa tiada tarikh penutupan yang tetap diumumkan terhadap taman berkenaan yang dibuka pada tahun 1980 dengan merangkumi sejumlah tiga buah pulau besar dan 26 pulau kecil.


Tahun lalu, Taman Negara Komodo menarik sekitar 170,000 pengunjung. Ia diuruskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia serta diiktiraf tapak warisan dunia UNESCO sejak 1990. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori