Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guru Diberi Latihan Tangani...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menjelaskan terdapat guru yang menerima latihan untuk memberi...

Pegawai Polis Dikaitkan Geng...

KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan G S Baldev Singh...

Loji Rawatan Air Kg...

KOTA KINABALU - Loji Rawatan Air Kampung Kimolihing yang dihentikan sementara operasinya berikutan...

Sesal Dulu Pendapatan, Sesal...

TENGOKLAH betapa liciknya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya memanipulasi secara terancang isu hutang...

Intai, Hendap Wajar Dianggap Sebagai Jenayah

PUTRAJAYA – Perbuatan mengintai atau mengendap perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana boleh mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada mangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, kerajaan akan melihat perkara itu dengan lebih serius termasuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani gejala berkenaan, selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan dan orang awam.

“Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang mangsa mengalami gangguan emosi dan mengganggu rutin kehidupan mereka, di samping boleh menjejaskan aktiviti harian termasuk pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Vui Keong berkata demikian dalam temu bual bersama wakil media dari Thomson Reuters Foundation pada Selasa lalu.

Katanya, beberapa negara luar sudah lama melaksanakan Undang-Undang Mengendap Seseorang dan tindakan diambil segera apabila laporan dibuat kepada pihak berkuasa, selain mengenakan hukuman terhadap pesalah jika sabit kesalahan.

Ketika ini, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan perbuatan mengintai atau mengendap memandangkan ia sukar dibuktikan, kecuali jika perbuatan berkenaan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.


“Jenayah moden ini boleh bermula hanya dengan gangguan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), media sosial, panggilan telefon dan juga emel,” katanya.

Vui Keong berkata, jenayah itu juga boleh merebak kepada mengekori dan seterusnya menimbulkan rasa takut dan terancam kepada mangsa. – BERNAMA

Kategori