Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat...

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan...

Guru Mampu Jadikan Malaysia...

PUTRAJAYA — Golongan pendidik memainkan peranan penting dalam membangunkan Malaysia baharu yang gagah,...

Kerajaan Benarkan Pergerakan Penderma...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik...

Jualan Ford Meningkat Dengan...

KUALA LUMPUR - Ford, yang telah menjual 792 unit kenderaan di Malaysia pada...

Isu Beg Udara: Proton Panggil Balik Model Perdana

PRIHATIN… Proton Holdings Berhad hari ini memanggil balik semua kereta model Perdana generasi semasa yang melibatkan sejumlah 6,432 buah unit.

Dalam kenyataan, syarikat automotif itu berkata, langkah tersebut adalah untuk ganti inflator beg udara bahagian penumpang, sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model berkenaan adalah berasaskan Honda Accord.

Kereta yang terlibat dibina dari 2012 hingga akhir Ogos tahun lalu. Honda Motor Company baru-baru ini mengumumkan panggilan balik Honda Accord untuk menggantikan inflator beg udara penumpang.

Pembuat kereta itu berkata, notis mengenainya akan dihantar kepada pemilik yang terlibat. Khidmat penggantian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang menggunakan beg udara Takata.

“Semua pemilik Proton Perdana akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis kami untuk membuat janji temu bagi proses penggantian inflator beg udara kereta masing-masing.

“Kereta yang dibina selepas 31 Ogos 2018 tidak terjejas, Penggantian inflator akan mengambil masa kira-kira sejam, tanpa bayaran,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed.


Pelanggan dinasihatkan menghubungi Talian Khidmat Perhubungan Pelanggan di 1-800-888-398 atau e-mel kepada [email protected] untuk pertanyaan dan bantuan.

Semua tindakan adalah ikut Laporan Maklumat Kerosakan dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Lebuh Raya Nasional Amerika yang menetapkan infaltor beg udara penumpang itu diganti. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori