Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hina Muka Zuraida Macam...

AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar sekali lagi mencetuskan sensasi ketika sidang Parlimen pada...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang cedera...

Sempena Ulang Tahun ke-33,...

SEMPENA ulang tahun kelahiran Nur Sajat ke-33 pada Jumaat lalu, usahawan kosmetik itu...

Sejuta Kematian Akibat Covid-19...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), Antonio Guterres menyifatkan jumlah kematian...

Isu Salib: Isma Dakwa Bukan Islam Cetus Provokasi

BUKAN Islam sebenarnya sudah tahu lambang seperti pancaran cahaya lampu yang perlihat salib gergasi di sebuah bangunan kediaman Pulau Pinang, pasti sentuh sensitiviti umat Islam tempatan.

Sebaliknya imej palang di Grace Residence, Jelutong itu sengaja dibuat juga sekali gus membuktikan mereka tidak benar-benar serius untuk jaga keharmonian kaum dan agama apabila tidak peduli sensitiviti umat Islam.

“Isu agama adalah satu perkara yang sangat sensitif dan mana-mana pihak perlu berhati-hati dalam mengulas tentang isu ini. Mana-mana penganut agama harus faham akan sensitiviti ini,” kata Aminuddin Yahaya.

Justeru Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendakwa, apa berlaku di negeri itu adalah sesuatu yang disengajakan walaupun sudah diketahui oleh pihak bukan Islam.

“Walaupun pelbagai alasan telah diberi, tetapi pokoknya kenapa lambang sedemikian sengaja dibuat? Jika mereka benar-benar serius mahu jaga keharmonian kaum dan agama, sensitiviti umat Islam mesti diambil kira,” katanya.

Aminuddin menambah, sudah pasti semua umat Islam akan berasa kurang selesa dengan tanda sedemikian, apa lagi jika terpampang dengan begitu besar dan amat jelas tanda salib jika lampu itu dipasang pada waktu malam.

Akibatnya, kata beliau, tidak mustahil jika akan berlaku tindakan di luar kawalan oleh mana-mana golongan Islam yang tentu marah dengan perbuatan tersebut.

“Adakah kita sanggup menghadapi dan menerimanya? Apakah kita boleh hanya menyalahkan mereka sedangkan orang lain yang meniupkan api kemarahan?

“Semua pemimpin agama perlu mempunyai pemikiran dan kesedaran sebegini jika mereka benar-benar mencintai keamanan dan keharmonian.


“Kalaulah umat Islam di Pulau Pinang bersedia untuk memperlahankan bunyi laungan azan dan bacaan Al-Quran demi menjaga sensitiviti penganut lain, apakah alasan penganut lain untuk tidak bertolak ansur juga?” katanya.

Mengenai kenyataan Datuk Mujahid Yusof Rawa, Aminuddin berpendapat hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu adalah paling dangkal dan tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

“Ia malahan akan menaikkan lagi kemarahan umat Islam. Apakah ini taraf pemikiran menteri agama yang ingin membawa agenda perpaduan dan keharmonian kaum dan agama?

“Sehubungan itu, kita mencadangkan agar simbol tersebut ditarik balik dan digantikan dengan bentuk yang lain jika semua pihak yang berkaitan benar-benar ikhlas untuk menjaga keharmonian,” katanya.

Sebelum ini, tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan persoal kewujudan lambang salib gergasi pada sebuah bangunan di bandar Jelutong, Pulau Pinang.

Lambang itu adalah pancaran cahaya lampu yang dipasang pada bangunan berkenaan yang menghasilkan bentuk salib dan akan muncul dengan lebih jelas pada waktu malam. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori