Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

Avengers : Age Of...

Sudah pasti ramai yang tertungu-tunggu sambungan filem Marvel: The Avenger yang telah ditayangkan...

Respons Terhadap AIIB, Bukti...

BOAO (CHINA) - Minat besar ke atas Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) merupakan...

Their Fresh Entrepreneurs all,...

Composition writing is vital part of a student's life as well as a...

Isu Salib: Mufti Gesa Ubah Posisi Lampu

SERIUS… Keresahan umat Islam ekoran sebuah apartmen di Jelutong yang papar lambang salib Kristian mula dapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Beliau hari ini secara berhemah meminta berkuasa negeri ini agar segera mengarahkan pemaju projek hartanah itu untuk segera ubah kedudukan lampu di bangunan kediaman tersebut supaya tidak kelihatan seperti imej salib.

Selain itu, Wan Salim juga mahu pihak berkuasa agar dapat menyelidik terlebih dahulu adakah kejadian pelik tersebut memang sengaja dilakukan untuk cetus provokasi ke atas umat Islam atau hanya secara kebetulan sahaja.

“Saya penuh harapan meminta kerajaan negeri menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri I dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan seberapa segera perlu arahkan pihak pemaju ubah kedudukan lampu di bangunan tersebut.

“Ini supaya ia tidak kelihatan seperti lambang salib yang tidak disenangi pihak tertentu. Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha promosi atau sebarkan agama lain dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam,” katanya.


Wan Salim berkata demikian menerusi akaun sosial Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, hari ini. Terdahulu, foto bangunan itu, yang memaparkan lambang salib pada waktu malam tular dalan kalangan pengguna media sosial.

Ia menimbulkan rasa tidak senang umat Islam tempatan yang kemudian beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik bukan Pakatan Harapan mengadakan demonstrasi secara aman di depan bangunan tersebut baru-baru ini.

Menurut laman web pemaju Grace Residence, bangunan setinggi 44 tingkat itu ada 378 unit rumah kediaman seluas lebih 1,000 kaki persegi yang siap dibina pada 2016 dan telah dibuka untuk jualan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori