Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penyamun Mati Dibedil Di...

PENYAMUN lelaki, 31, yang dikehendaki polis ekoran beberapa kejadian samun mati ditembak polis...

Akur Arahan Peguam, Aidil...

PELAKON Aidil Aziz yang terpalit dengan kes dadah pada tahun lalu berasa terkilan...

Kim Jong-un Mahu Amankan...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian...

NRRTF Dihantar Ke Negeri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pasukan Petugas Tindak Balas Pantas...

Jari Berlubang Akibat Digigit Labah-Labah

WALLSEND – Jari tangan seorang lelaki berlubang selepas digigit seekor labah-labah jenis false widow ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di sini baru-baru ini.

Gary Armstrong, 37, mula bimbang akan kehilangan jari tersebut selepas bisa labah-labah itu menyebabkan seluruh tangan kanannya membengkak dan sangat sakit, manakala kawasan gigitan berlubang.

Doktor yang merawat Armstrong pada mulanya tidak percaya dia digigit labah-labah false widow kerana spesies itu jarang ditemui di Britain disebabkan cuaca sejuk.

Kes itu menarik perhatian ramai kakitangan perubatan yang tidak pernah melihat kesan gigitan spesies tersebut. Labah-labah false widow atau nama saintifiknya, Steatoda nobilis mendapat nama itu kerana menyerupai labah-labah black widow.

Bisa kedua-dua spesies labah-labah itu kebiasaannya tidak mengancam nyawa mangsa tetapi mampu memberi impak teruk kerana kesan secara langsungnya kepada sistem saraf manusia. – Agensi

Kategori