Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Rancangan Semak Semula...

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda...

Fobia Kisah Lalu, Amelina...

TRAUMA atas kegagalan rumah tangga yang dibina selama 15 tahun lalu membuatkan Ratu...

Rakan Mati Tertembak Ketika...

IPOH - Seorang pemburu maut selepas terkena tembakan semasa keluar memburu bersama empat...

“Jika Ayah Sanggup Ketepikan Telefon…”

“JIKA ayah sanggup ketepikan telefon, saya sanggup tukar dengan nyawa saya. Saya sayang ayah,” luah seorang kanak-kanak dalam satu karangan mengenai bapanya yang suka bermain telefon bimbit.

Sebuah karangan yang dihasilkan oleh pelajar lelaki berusia sembilan tahun itu menyentuh perasaan semua yang membacanya.

Karangan tersebut mengisahkan seorang bapa yang ketagih dengan telefon bimbit sehingga mengabaikan anaknya yang perlukan kasih sayang.

“Ayah, saya mahu beritahu ini. Ayah, setiap kali saya minta ayah periksakan kerja sekolah, ayah hanya tengok sekali imbas dan berkata ‘tidak teruk, sekarang pergi bermain’.

“Selebihnya ayah beri telefon jadi saya boleh turut bermain sama,” tulis pelajar itu.

“Ayah, saya tidak mahu rumah ini dipenuhi makanan ringan, telefon paling mahal dan mainan.

“Apa yang saya mahu hanyalah ayah boleh meletak telefon dan bermain dengan saya. Itu sahaja yang membuatkan saya gembira dalam hidup.”

Guru pelajar lelaki itu yang hanya di kenali Zhao berkata, Xiaozhi (nama pelajar) merupakan seorang juara olahraga dalam kelasnya.


Guru itu juga turut memberi markah penuh dalam karangan tersebut.

Ibu Xiaozhi memberitahu suaminya merupakan pengguna tegar telefon bimbit sama ada ketika bekerja atau selepas kerja dan sesekali bermain permainan untuk santai dan rehat.

“Sebelum ini kami tidak sedar ia akan timbulkan isu dan tidak dia sangat sensitif,” jelas ibunya.

Selepas membaca karangan tersebut, ayah pelajar menyedari kesilapannya yang tidak meluangkan masa bersama anaknya.

Karangan tersebut telah dikongsi di laman sosial Weibo oleh guru Sekolah Antarabangsa Luoyang di daerah Luoyang, Beijing China. – The Star

Kategori