Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Miranda Kerr Bogel Untuk...

SEMPENA sambutan Krismas tahun ini, bekas isteri Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr 'menghadiahkan'...

Pengotor! Nenek Suruh Cucu...

DASAR pengotor dan menjijikkan! Beberapa keping gambar memaparkan seorang nenek di China sengaja...

Polis Sabah Tahan Seorang...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah ditahan di Lorong Sena,...

Kerajaan Serius Tangani Masalah...

KUALA NERANG - Peruntukan kira-kira RM1 billion bagi menyelesaikan masalah air di Kedah...

Jumpa Tengkorak 2 Gigi Di Pantai Sarawak

PENGUNJUNG Pantai Kuala Tatau, di Bintulu, Sarawak digemparkan dengan penemuan tengkorak manusia di kawasan berkenaan, jam 3.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Dennis Bunyam ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identitinya.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat orang awam mengenai penemuan tengkorak berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut tengkorak manusia berkenaan didapati masih memiliki dua gigi pada tulang rahangnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati tidak terdapat sebarang kesan retak atau sebarang unsur jenayah lain pada tengkorak berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan terperinci, termasuk ujian forensik akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa.


Dennis turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga mereka supaya menghubungi polis untuk membantu siasatan, termasuk proses pengecaman.

“Sesiapa sahaja yang ingin menyalurkan maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Senok Rigok di talian 019-8189997,” katanya. – myMetro Online

Kategori