Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Elemen Akta Hasutan Tetap...

KUANTAN - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya...

PUNB Tingkat Peruntukan Pinjaman...

BUTTERWORTH - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meningkatkan peruntukan pinjaman kepada RM320 juta...

Ramai Ambil Mudah Membuat...

ALOR SETAR - Sikap tunggu dan lihat serta tidak faham kepentingan penamaan waris...

‘Malam Nanti Saya Hantar...

SEKUMPULAN pelajar dari Sekolah Menengah (SMK) Kangkar Pulai di Johor Bahru melalui pengalaman...

Kecoh Trump Letak Jawatan, Jadi Berita Washington Post

RIBUAN naskhah akhbar palsu The Washington Post yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meletak jawatan telah diedarkan secara meluas di ibu negara itu.

Laporan berita anti Trump memenuhi setiap ruang akhbar berkenaan bertarikh 1 Mei 2019.

Bukan sahaja untuk edisi akhbar, malahan laman web media berkenaan – my-washingtonpost.com juga dipenuhi dengan pelbagai berita mengenai pemimpin negara itu.

“Donald Trump telah meninggalkan Rumah Putih dan letak jawatan sebagai presiden.Ā Tiada kenyataan rasmi dibuat, namun empat pegawai Rumah Putih dakwa mereka menemui sapu tangan.

“Ia berada di meja presiden dengan mesej berbunyi: “Letakkan kesalahan pada Hillary dan Hfior dan media baharu yang palsu.”

Kenyataan itu juga menjadi tajuk utama berita menerusi laman web akhbar berkenaan.Ā Bagaimanapun tidak jelas maksud sebenar Hfior kerana ia mungkin juga masalah ejaan bagi pihak presiden.

Laporan itu juga menyebut Trump meninggalkan Washington untuk ke Yalta, pusat peranginan Crimea di mana pertemuan pemimpin ketika Perang Dunia Ke-2 diadakan.


Susulan itu, Jabatan Perhubungan Awam Washington Post mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai edisi palsu media berkenaan yang diedarkan di bandar raya ibu kota tersebut.

Malahan, pihaknya juga sedar adanya usaha untuk menghasilkan akhbar berkenaan secara tidak sah dan berkata:Ā “Tiada pengeluaran awal Washington Post yang dibuat dan kami sedang menyiasat perkara ini.”

Setakat ini, penulis Onnesha Roychoudhuri, L.A.Kauffman dan kumpulan aktivis The Yes Men mendakwa bertanggungjawab terhadap pengedaran akhbar palsu dan laman web berkenaan. – wwww.news.com

Kategori