Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pembukaan Hari Pertama Taman...

IPOH - Sambutan hari pertama pembukaan taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di...

Ternak Lembu Baka Brazil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengambil langkah...

Belum Fikir Ubah Angin,...

SELEPAS berjaya membintangi filem seram pecah panggung, Pengabdi Setan, Bront Palarae kini masih...

Keadaan Banjir Di Pahang,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor masih tiada perubahan...

Kelantan Sedia Wifi Percuma Untuk Rakyat

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau wifi secara percuma di 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu bagi kemudahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembangunan kemudahan bernilai RM225,000 itu disediakan melalui khidmat sosial Infra Quest Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Pelaksanaan wifi percuma ini salah satu pelan induk pembangunan mampan Kelantan pada tahun ini dalam memastikan kita bergerak selaras teknologi digital. Ia juga salah satu janji dalam manifesto kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

“Kita harap kemudahan ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan dan tidak menyalahgunakannya untuk menular pelbagai fitnah yang boleh menggugat keamanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kelantan Free Wifi di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi Maklumat Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori