Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Arab Saudi Tandatangani...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan...

Tindakan Warga Emas Yang...

KISAH penuh pengajaran ini dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial laman sosial Facebook...

Sentimen Perniagaan Dijangka Semakin...

KUALA LUMPUR: Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku keempat 2021 adalah semakin baik berikutan...

Kepala Ular Tersangkut Dalam...

HOBART – Seekor ular kepala tembaga ditemui sepasang pelancong dengan kepalanya tersangkut dalam...

Kematian Muhammad Firas Tiada Unsur Dera

LUMUT – Hasil bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai didera semalam, mendapati tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Muhammad Hanif berkata, kejadian berlaku apabila bayi berkenaan, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar telah dihantar ke rumah pengasuh di kuarters polis IPD Manjung dalam keadaan yang tidak sihat dan dikatakan telah demam selama tiga hari.

“Dalam jagaan pengasuh, bayi itu telah tidak sedarkan diri. Tindakan serta merta telah diambil oleh pengasuh dan ibunya dengan membawa bayi itu ke Hospital Seri Manjung.

“Namun keadaan bayi itu agak kritikal dan pihak Hospital Manjung telah segera merujuk serta menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Hanif berkata, selepas sehari berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Ipoh, mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa adalah berpunca dari pendarahan dalam kepala terdapat darah beku, namun, tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya.


Muhammad Hanif berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, media melaporkan Muhammad Firas Danial meninggal dunia di PICU di hospital berkenaan, kira-kira 2.49 petang semalam, setelah mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai akibat gegaran kuat.

Ibu mangsa, Nur Aziemah Zahari, 26, berkata dia yang tinggal di Desa Pemarak Kampung Kayan di Sitiawan menghantar anaknya di rumah pengasuh itu sejak tiga minggu lepas kerana kakaknya yang sebelum ini menjaga bayi terbabit telah mula bekerja. – BERNAMA

Kategori