Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Puluhan Ribu Terus Serbu...

PUTRAJAYA - Hari kedua bagi sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 kali...

Boleh Tukar Nama Bapa...

KUALA LUMPUR - Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau...

Mesin Penapis Air Antara...

KUALA LUMPUR - Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal...

Pengusaha Teksi Langkawi Dicadang...

LANGKAWI - Persatuan-persatuan pengusaha teksi di Langkawi dan syarikat-syarikat perkhidmatan e-panggilan seperti Uber...

“Kembalikan Faedah Diskaun Bayaran Balik PTPTN”

MAHASISWA Nasional mendesak Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengembalikan semula faedah diskaun kepada mahasiswa dalam melunaskan pinjaman pendidikan mereka.

Timbalan Presidennya, Haziq Shafe’ee berkata faedah yang kini tidak lagi dinikmati peminjam ialah diskaun 10 peratus bayaran balik yang dibuat menerusi potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual dan diskaun 20 peratus bagi pembayaran penuh.

“Kami kecewa apabila inisiatif yang dipergiat selama ini dihentikan tanpa sebab kukuh. Kami percaya inisiatif sedemikian bukan saja dapat meringankan bebanan kami selepas bergraduasi.

“Malah cara ini memberi motivasi untuk bekerja keras demi kecemerlangan diri dan negara,” kata Haziq ketika ditemui selepas menyampaikan memorandum kepada PTPTN, di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, seramai tiga wakil persatuan mahasiswa berkenaan menyampaikan memorandum itu kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Haziq turut menjelaskan satu petisyen dalam talian mengenai perkara ini telah diwujudkan oleh persatuannya yang mana ia telah ditandatangani oleh 5,000 orang.

Haziq berkata selain dua faedah diskaun itu, persatuan yang mempunyai 2,000 anggota di seluruh negara itu turut meminta pengecualian bayaran balik pinjaman untuk penerima Ijazah Kelas Pertama dikekalkan.


Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata pihaknya akan melakukan libat urus dengan persatuan mahasiswa bagi menjelaskan mengenai faedah diskaun bayaran balik berkenaan, berkemungkinan pada Februari ini.

“Dua diskaun itu sememangnya sudah tiada bagi tahun ini. Sebab itulah kita akan mengadakan libat urus dengan kumpulan sasar. Jika kerajaan berpendapat ia perlu diadakan, kerajaan akan buat keputusan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan pengecualian bayaran balik pinjaman untuk penerima Ijazah Kelas Pertama masih dikekalkan bagi mahasiswa daripada kumpulan B40 dan M40 seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Pada Oktober 2017 ketika pembentangan Bajet 2018, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan pelaksanaan dua diskaun berkenaan sehingga 31 Disember 2018. – BERNAMA

Kategori