Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

SPR Pamer Daftar Pemilih...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan...

Hanya Tinggal Dua Ekor...

Shah Alam - Dalam tempoh 2005 hingga 2013, empat Tapir Malaya mati akibat...

Netizen Tegur Noh Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ditegur netizen di laman sosial...

Hormati Jalur Gemilang, Lambang...

PASIR PUTEH - Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol...

Arab Saudi Rancang Keluar Visa Pelancong Asing

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan visa kepada semua pelancong asing, termasuk bukan Islam, pada tahun ini dalam usaha mempromosi negara itu sebagai satu destinasi percutian yang merupakan sebahagian Wawasan 2030nya.

Menteri Media Arab Saudi, Awwad Saleh Al-Awwad berkata, langkah tersebut diharap dapat membantu negara itu melenyapkan imej tidak mesra yang disebabkan oleh iklim budaya sosialnya.

“Pada masa ini, kami mengeluarkan visa bagi tujuan penganjuran sesuatu acara, dan untuk menjadikan ia (visa pelancong) suatu realiti, kami perlu mempertimbang beberapa aspek.

“Arab Saudi juga merupakan sebuah tempat di mana berjuta-juta orang datang untuk bekerja dan kami perlu mencari mekanisme yang tepat untuknya.

“Kami akan cuba membincangkannya lagi dengan kerajaan dan insya-Allah, mungkin kami boleh mengeluarkan visa pelancong pada tahun ini,” katanya semasa mengadakan pertemuan dengan kumpulan media asing di pejabat kementerian itu di sini baru-baru ini. – BERNAMA

Kategori