Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Memang Tak Reti Bersyukur...

LARI lagi, itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh majikan yang sudah bosan dan...

Teater Tanjong Dibawa Ke...

Kuala Pilah : Usaha memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini diterjemahkan menerusi pementasan...

La Liga: Zinedine Zidane...

MADRID - Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dijadual bertembung buat kali pertama dengan...

Tiada Masalah Luluskan Konsert...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Gugat PH

BANGKIT… Pakatan Harapan (PH) hakikatnya gerun jika kerjasama antara Barisan Nasional (BN) diwakili UMNO dan PAS benar-benar berlaku sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

Ini kerana keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands di Pahang sudah mengesahkan dengan kerjasama tersebut sudah tentu mampu menatijahkan keputusan yang berangsang untuk dua parti berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika dianalisis secara terperinci keputusan PRU ke-14 lepas, kerusi BN yang dimenangi di 79 kerusi Parlimen boleh berubah menjadi 126 kerusi.

“Ini jika PAS-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu. Sebab itulah PH bersungguh-sungguh mahu memastikan kerjasama BN-PAS tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun sosial Facebooknya.

Jelas beliau, selain 18 kerusi yang sememangnya dimenangi PAS, gabungan BN dan PAS secara teori berdasarkan jumlah undi yang diperoleh kedua-dua parti, sepatutnya mudah mengalahkan PH di 29 kerusi Parlimen lain.

“Jika dijumlahkan kerusi dimenangi BN (79), PAS (18) dan 29 kerusi yang tidak sepatunya dimenangi PH jika wujud gabungan, maka BN-PAS sepatutnya mudah menubuhkan Kerajaan dengan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 126.

“Namun Alhamdulillah PRK Parlimen Cameron Highlands telah membuktikan bagaimana kerjasama BN dan PAS telah meningkatkan majoriti BN daripada hanya 597 pada PRU ke-14 kepada 3,238 undi dalam PRK baru selesai.

“Kita doakan agar Allah permudahkan dan merealisasikan kerjasama politik ini demi memastikan perjuangan agama, bangsa dan kestabilan tanah air tercinta dapat dipertahankan,” jelas Asyraf Wajdi lagi.

Beliau memetik kajian daripada seorang pensyarah sains politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof dengan melibatkan antara 29 kerusi Parlimen seperti berikut:

1. P002 Kangar, gabungan undi calon BN-UMNO (15,306) dan PAS (8,465) mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20,909) sebanyak 2,862 undi.

2. P005 Jerlun, gabungan undi calon BN-UMNO (12,413) dan PAS (12,829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18,695) sebanyak 6,547 undi.

3. P006 Kubang Pasu, gabungan undi calon BN-UMNO (16,975) dan PAS (13,375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29,984) sebanyak 366 undi.

4. P008 Pokok Sena, gabungan undi calon BN-UMNO (18,390) dan PAS (23,401), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (28,959) sebanyak 12,832 undi.

5. P010 Kuala Kedah, gabungan undi calon BN-UMNO (19,400) dan PAS (23,143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36,624) sebanyak 5,919 undi.

6. P014 Merbok, gabungan undi calon BN-UMNO (20,830) dan PAS (19,618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30,902) sebanyak 9,546 undi.

7. P015 Sungai Petani, gabungan undi calon BN-UMNO (23,963) dan PAS (22,760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45,532) sebanyak 1,191 undi.

8. P017 Padang Serai, gabungan undi calon BN-MCA (15,449) dan PAS (22,911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31,724) sebanyak 6,636 undi.

9. P018 Kulim-Bandar Baharu, gabungan undi calon BN-UMNO (18,299) dan PAS (12,885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23,159) sebanyak 8,025 undi.

10. P057 Parit Buntar, gabungan undi calon BN-UMNO (13,655) dan PAS (12,312), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (16,753) sebanyak 9,214 undi.

11. P063 Tambun, gabungan undi calon BN-UMNO (33,341) dan PAS (14,948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38,661) sebanyak 9,628 undi.

12. P074 Lumut, gabungan undi calon BN-UMNO (21,555) dan PAS (10,135), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (21,955) sebanyak 9,735 undi.


13. P077 Tanjong Malim, gabungan undi calon BN-MCA (19,314) dan PAS (10,311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24,672) sebanyak 4,953 undi.

14. P080 Raub, gabungan undi calon BN-MCA (17,500) dan PAS (7,866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20,659) sebanyak 4707 undi.

15. Kerusi P082 Indera Mahkota, gabungan undi calon BN-UMNO (17,628) dan PAS (17,515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28,578) sebanyak 6,565 undi.

16. P083 Kuantan, gabungan undi calon BN-MCA (13,667) dan PAS (14,696), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (22,807) sebanyak 5,556 undi.

17. P088 Temerloh, gabungan undi calon BN-UMNO (22,094) dan PAS (14,734), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (23,998) sebanyak 12,830 undi.

18. P089 Bentong, gabungan undi calon BN-MCA (23,684) dan PAS (5,706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25,716) sebanyak 3,674 undi.

19. P093 Sungai Besar, gabungan undi calon BN-UMNO (16,636) dan PAS (7,220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17,350) sebanyak 6,506 undi.

20. P094 Hulu Selangor, gabungan undi calon BN-MIC (27,392) dan PAS (16,620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40,783) sebanyak 3229 undi.

21. P096 Kuala Selangor, gabungan undi calon BN-UMNO (21,344) dan PAS (8,535), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (29,842) sebanyak 37 undi.

22. P109 Kapar, gabungan undi calon BN-MIC (26,412) dan PAS (31,425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47,731) sebanyak 10106 undi.

23. P112 Kuala Langat, gabungan undi calon BN-UMNO (26,127) dan PAS (18,731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43,239) sebanyak 1,619 undi.

24. P119 Titiwangsa, gabungan undi calon BN-UMNO (19,701) dan PAS (6,845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23,840) sebanyak 2,706 undi.

25. P129 Kuala Pilah, gabungan undi calon BN-UMNO (17,845) dan PAS (4,347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18,045) sebanyak 4,147 undi.

26. P133 Tampin, gabungan undi calon BN-UMNO (21,433) dan PAS (4,598), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (22,435) sebanyak 3,596 undi.

27. P136 Tangga Batu, gabungan undi calon BN-UMNO (27,761) dan PAS (8,961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32,420) sebanyak 4,302 undi.

28. P149 Sri Gading, gabungan undi calon BN-UMNO (18,223) dan PAS (4,548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21,511) sebanyak 1,260 undi.

29. P165 Tanjung Piai, gabungan undi calon BN-MCA (20,731) dan PAS (2,962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21,255) sebanyak 2,438 undi.

Kategori