Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru Perlu Fahami 100...

KUANTAN : Para guru perlu memahami 100 peratus polisi Pen­taksiran Berasaskan Sekolah (PBS)...

Sultan Mizan Rasmi Bangunan...

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenaan berangkat...

Dera Bayi: Wanita Dan...

KUALA LUMPUR – Ibu kepada seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan teman...

Hujan Halang Penampakan Gerhana...

KUALA LUMPUR – Hujan yang turun menghalang penampakan gerhana bulan penuh “Super Blue...

Ketua Unit Agensi Kerajaan P.Pinang Direman

GEORGETOWN – Seorang ketua unit sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu berjumlah lebih RM9,000.

Lelaki berumur 39 tahun itu yang mengetuai unit pentadbiran dan kewangan agensi berkenaan ditahan selepas memberi keterangannya di pejabat SPRM Seberang Perai kira-kira jam 2 petang semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Azam Md Eusoff membenarkan permohonan itu yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Ravinderjit Singh, yang memaklumkan mahkamah itu bahawa suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009.

Ravinderjit berkata suspek disyaki mengemukakan tiga tuntutan bagi kerja-kerja pencetakan dan pembekalan peralatan pejabat bernilai lebih RM9,000 walaupun kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.

Katanya perintah reman itu dipohon memandangkan SPRM memerlukan masa untuk menyelesaikan siasatan mereka. – BERNAMA

Kategori