Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gaduh Di Stesen Minyak:...

PIHAK polis akan menyiasat insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan wanita dan pemandu teksi di...

Barat Desak Putin Sokong...

MUNICH - Pemimpin Barat mencabar Presiden Russia, Vladimir Putin, membuktikan bahawa beliau mahukan...

Penggali Kubur Ditahan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Seorang penggali kubur yang mempunyai lima kes dadah ditahan di...

Anwar Kata Wan Azizah...

TOLAK... Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menolak jawatan Perdana Menteri sewaktu...

Kisah Masjid Tertua Selamat Daripada Krakatau

SUBHANALLAH… Masjid Jami Al-Anwar dikenal sebagai masjid tertua di daerah Lampung, Indonesia yang masih lagi dapat bertahan sampai sekarang.

Malahan masjid lama ini pernah menjadi saksi letusan dahsyat Gunung Krakatau di Selat Sunda pada 1883, meskipun pada saat itu, ia sempat rosak dan sudah diubah suai beberapa kali.

Menurut sumber-sumber tempatan, masjid berkenaan wujud sejak sekitar 180 tahun lalu walaupun pada awalnya hanya berupa sebuah surau kecil untuk kegunaan harian penduduk setempat.

Masjid ini terletak tidak jauh dari pusat beli-belah oleh-oleh atau cenderamata kenangan di bandar Lampung. Ia juga memiliki banyak peninggalan bersejarah yang masih ada sampai sekarang.

Pemerintah Daerah Lampung melalui Pejabat Wilayah Jabatan Agama Daerah Lampung bahkan menetapkan masjid ini sebagai masjid tertua dan bersejarah di bandar tersebut.

“Gunung Krakatau meletusnya tahun 1883, masjid ini sudah ada sejak tahun 1839, tetapi menurut sumber, saat itu ia masih berbentuk surau,” kata pengurus masjid, yang dikenali sebagai Sumanta.

Mengikut sejarah, ia dibangun oleh seorang ulama pendatang yang berasal dari Pulau Sulawesi asal suku Bugis. Saat masih berbentuk surau, ia jadi tempat para ulama berkumpul dan belajar agama.

“Masyarakat setempat lainnya juga sering ke masjid ini. Awalnya ia dibangun para ulama Sulawesi yang kemudian datang ke Lampung, iaitu Daeng Muhammad Ali, K.H. Muhammad Said, dan H. Ismail.

“Setelah itu, mereka mendirikan surau untuk mengaji bersama ulama dan sesiapa dari golongan masyarakat yang ingin mengaji bersama,” ujar Sumanta imbau sejarah masjid tersebut.

Surau tersebut kemudian menjalani beberapa ubah elok dan perluasan bangunan sehingga menjadi sebuah masjid. Ubah suai pertama dilakukan lima tahun setelah Gunung Krakatau meletus.


Sekitar 1888, para ulama bersama masyarakat untuk menjadikan masjid lebih kukuh. Ubah suai juga dilakukan pada 1972, dan terakhir kali pada 2015.

“Saat Gunung Krakatau meletus, musollah rosak – tinggal tiang-tiangnya sahaja. Jadi pada 1888, menurut sumber, ubah suai dijalankan di mana enam tiang yang ada dikekal kerana menggambarkan Rukun Iman,” ucapnya.

Pada 1972, masjid sekali lagi diubah suai. Masjid dijadikan lebih besar kerana jumlah jemaah yang datang untuk solat fardu Jumaat dan hari-hari lain semakin bertambah besar.

Kali terakhir, ubah suai terbesar masjid berkenaan pernah dilakukan pada sekitar 2015 sehingga 2016. Itupun yang diganti hanya atap masjid kerana awalnya hanya jenis genting biasa.

Dalam buku berjudul “Masjid-Masjid Bersejarah di Indonesia” karya Abdul Baqir Zein pada 1999, enam tiang masjid yang dibangun pada 1888 dibuat bukan adunan simen, melainkan campuran telur ayam dan kapur.

Setelah itu, ia dinamakan Al-Anwar yang bermaksud bercahaya. Nama diberikan dengan harapan ia jadi sumber cahaya kehidupan yang dapat menerangi kehidupan penduduk hingga ke saat ini. – Merdeka

Kategori