Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Manis Masih Terasa, Fattzura...

RASA cemburu pula apabila tengok kemesraan pengantin baharu Fazura dan Fattah Amin ni....

Hayati Sejarah Jururawat Terulung...

PUTRAJAYA - Sejarah dan ketokohan jururawat dunia Islam wajar dihayati serta diketahui, sebagaiamana...

Polis Ambil Sampel Dari...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihak...

Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana...

KUALA LUMPUR - Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang menampilkan gandingan sulung Jabatan...

KJ Persoal PH Beri Dana Kepada Kolej Swasta Cina

PERTIKAI… Ketika bantuan untuk setiap sekolah kebangsaan dan sekolah agama persendirian agak kecil, institusi pendidikan Cina pula seolah-olah diberi keutamaan oleh Pakatan Harapan (PH).

Lebih pelik, peruntukan besar diberikan oleh kerajaan baharu menerusi pembentangan Belanjawan 2019 meskipun sekolah swasta kaum minotiti itu tidak pernah diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sejak negara ini merdeka.

Justeru tidak hairanlah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tampil secara terbuka persoalkan pemberian bantuan kewangan oleh Kementerian Pendidikan kepada sebuah pusat pengajian swasta, Kolej Universiti New Era.

Institusi yang terletak di Kajang, Selangor itu turut menempatkan ibu pejabat Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Cina Malaysia atau Dong Jiao Zong diketahui pro-PH dan berjuang perkasa pendidikan Cina.

Ironinya, menurut bekas Ketua Pemuda UMNO serta mantan Menteri Belia dan Sukan itu, semasa Lim Guan Eng bentang Belanjawan 2019 tahun lalu tidak disebut sebarang pemberian bantuan kepada kolej universiti swasta.

Malah tegas Khairy, semasa pembentangan di Dewan Rakyat itu, Menteri Kewangan dari DAP tersebut hanya sebut pemberian bantuan kepada sekolah menengah persendirian Cina yang sememangnya dibantah keras beliau sendiri.

Baca: DAP Meriah Rasmi Sekolah Cina Macam Berada Di China

“Semasa pembentangan belanjawan, memang Guan Eng ada sebut bantuan untuk sekolah menengah persendirian Cina yang memang saya bantah. Tidak ada sebab pihak kerajaan PH perlu bagi duit kepada sekolah swasta Cina.

“Tapi tidak pula disebut Setiausaha Agung DAP itu mengenai bantuan untuk Kolej Universiti New Era. Atas sebab apa kolej swasta ini juga dapat bantuan kewangan?” soal Khairy dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini.


Beliau turut berkongsi gambar ‘Majlis Penyampian Peruntukan 2019 Kepada Kolej Universiti New Era dan Sekolah Menengah Persendirian Cina’ melalui hantaran tersebut yang turut tular dikongsi oleh ramai netizen tempatan.

Dalam gambar itu, jelas kelihatan Guan Eng sedang tersenyum ceria menyerahkan replika cek Kerajaan Malaysia berjumlah RM193,000 sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, yang juga dari DAP.

Pada 6 Januari lalu, akhbar berbahasa Inggeris, The Star melaporkan Nie Ching berkata, kementerian akan serah geran berjumlah RM12 juta kepada 60 buah sekolah persendirian Cina seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Menurut Nie Ching, penyerahan akan dilakukan oleh Guan Eng di kolej berkenaan. Jumlah yang diterima setiap sekolah itu jauh lebih tinggi daripada sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori