Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Sporting, Tak Kisah...

WALAUPUN ada babak adegan 'dewasa' seperti rogol dan beberapa aksi ghairah yang dilakonkan...

Anugerah Puskas: FAM Calonkan...

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak...

AirAsia Group Cadang Tukar...

KUALA LUMPUR : AirAsia Group Bhd bercadang untuk menukar nama kumpulan kepada Capital...

Nahas Pesawat Di China...

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang terlibat dalam...

Kolam Didakwa Milik Puteri Saadong Terbiar

KOTA BHARU – Sebuah kolam yang didakwa sebagai tempat mandi-manda Puteri Saadong di Kampung Serendah Sekebun Bunga di Ketereh di sini, didakwa terbiar dan tidak dipedulikan pihak berwajib biarpun mempunyai unsur sejarah yang unik.

Selain kolam, kawasan berkenaan yang seluas 700 meter persegi turut didakwa sebagai tapak istana lama ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dan mempunyai sebuah taman yang indah.

Lebih menyedihkan, tapak warisan sejarah yang sewajarnya dilindungi itu terbiar dan hanya dijaga penduduk kampung yang mahu sejarah pemerintahan Kelantan itu terus kekal dikenali masyarakat.

Penjaga taman dan kolam berkenaan, Mohd Sidek Mat Husain, 50, berkata dia mengambil alih kerja menjaga kawasan itu secara sukarela selepas kematian penjaga asal iaitu sepupunya sendiri, Hashim Isa sejak 2007.

Mohd Sidek berkata meskipun bukan berketurunan diraja ataupun Puteri Saadong namun sebagai penduduk asal dia tidak mahu kawasan yang bersejarah itu lenyap begitu sahaja.

“Walaupun kedudukan kolam ini tersembunyi tetapi sehingga kini semakin ramai pengunjung yang datang termasuk orang biasa.

“Sebelum ini pengunjung adalah terdiri daripada golongan mendakwa keturunan Puteri Saadong dan ada yang datang dari jauh menjengah kolam di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata pada tahun lepas Perbadanan Muzium Kelantan ada berkunjung ke kolam berkenaan dan menyatakan badan tersebut tidak mempunyai dana untuk memelihara kawasan bersejarah itu disebabkan ketiadaan peruntukan.

Selain itu, Mohd Sidek berkata Perbadanan Muzium Kelantan turut menyatakan kawasan kolam dan taman yang terletak terlalu hampir dengan sungai sudah pasti terdedah kepada hakisan dan mungkin lenyap.

“Setakat ini kawasan kolam sepanjang 200 meter ini saya jaga secara sukarela kerana tidak mahu ia berkubur begitu sahaja. Saya berharap ada pihak yang sanggup membiayai kos pemuliharaan taman dan kolam ini kerana ia amat penting dari segi sejarah,” katanya.

Katanya, beliau mendapat surat kebenaran daripada Perbadanan Muzium Kelantan pada Oktober 2018 dan disahkan sebagai penjaga rasmi kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara khurafat dan perbuatan tidak bertanggungjawab dilakukan di situ. – BERNAMA

Kategori